Jus Harmoni by B'Famme Bantu Merawat Masalah Hormon Tidak Stabil


Hi readers kesayangan Aten semua!
Selamat berhujung minggu dan selamat cuti sekolah :D hehhe
Entry kali ni Aten akan cerita mengenai satu jus yang mempunyai banyak khasiat dalam satu botol ni. Produk ni agak baru sebenarnya. Tapi disebabkan di dalam Jus Harmoni ni terdapat 18 herba terbaik, terus Aten nak cuba! Katanya sesuai untuk mereka yang ada masalah dalaman seperti hormon tidak stabil. 
Umur Aten 24 tahun. So, period tak teratur tu wajib! Fuhhh setiap bulan mesti tertunggu-tunggu bila period. Kulit kusam, muka pucat, jerawat tiba-tiba muncul tu jangan cakap lah. Selalu sangat terjadi. Lagi-lagi bila muka kering. Tak selesa beb bila nak keluar jumpa orang T.T dah jadi gini baru la timbul kesedaran yang kalau nak cantik, bukan luaran je kena jaga, dalaman pun kena la extra jaga sebab kita taktau dalaman kita macam mana kan. 
'Kalau nak betul2 cantik dan sihat, baiki dari dalam'
Jus Harmoni ni mengandungi 15 herba traditional dan 3 herba moden. Kelebihan  Jus Harmoni berbanding produk lain ialah kandungan bahan-bahan herba yang digunakan ialah 100% asli tanpa bahan kimia.
1) Ekstrak Delima
2) Ekstrak Kurma
3) Ekstrak Prune
4) Ekstrak Madu
5) Ekstrak Buah Tin
6) Ekstrak Kunyit
7) Ekstrak Kacip Fatimah
8) Ekstrak Manjakani
9) Ekstrak Serapat
10) Ekstrak Tongkat Ali
11) Ekstrak Pegaga
12) Ekstrak Peuraria Mirifica
13) Ekstrak Habatussauda
14) Ekstrak Alba
15) Ekstrak African Mango
16) Marine Collagen
17) Vitamin C
18) Vitamin A, B3 dan B5
Keberkesanan produk ini adalah mengikut faktor umur dan metabolisme individu. Mengikut testimoni, produk ni mampu mengatasi masalah pengguna yang berumur 20 tahun yang mengalami masalah jerawat, dan peredaran darah haid hanya mengambil produk dalam tempoh masa 14 hari sahaja. Manakala testimoni bagi yang berumur 30 tahun, akan dapat melihat kesan positif selepas sebulan penggunaan iaitu satu botol.
Cara penggunaan Jus Harmoni : 
Hanya perlu dua atau tiga semburan di bawah lidah sebanyak dua atau tiga kali sehari sebelum makan. Ia perlu disembur dibawah lidah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses penyerapan nutrisi ke dalam badan.
Jus Harmoni ini boleh digunakan oleh wanita dan lelaki yang berusia 20 tahun ke atas dan juga selamat diminum oleh wanita yang sedang mengandung. Harga sebotol Jus Harmoni (30ml) ialah RM80.
Review Jus Harmoni by B'Famme : 
Sape yang taknak cuba kan kalau dalam 1 botol tu ada 18 herba yang kita dah tau kehebatan setiap herba tu. Alhamdulillah Aten dah cuba Jus Harmoni ni 2 minggu lebih dah. Tak pernah miss sembur kat bawah lidah sebab sedap rasa mangga! Hehehe. Perubahan ketara yang Aten boleh nampak ialah kulit Aten dah kering. Bila pegang tu takde lah rasa kasar dah. Yeayyy me! Then, serioussss tak rasa penat langsung walaupun seharian berjalan. Haritu parents in law Aten datang rumah. Dari pagi kitorang pergi Kenanga Wholesale City, then GM Klang lepastu IKEA. Balik tu tengok movie J Revolusi pulak. Memang power penangan Jus Harmoni ni. Aten memang recommend untuk korang cuba. Jus Harmoni ni akan membantu merawat masalah hormon kita dari dalam. Kalau dalam dah cantik, In Shaa Allah luaran pun cantik. Hehehe.

Pssstttt. Kalau Aten nak buat giveaway pasal Jus Harmoni korang nak tak? Untung-untung dapat sorang 1 kotak. Boleh lah cantik-cantik masa raya nanti :D hehehe


Untuk maklumat lanjut mengenau Jus Harmoni by B'Famme;
Jus Harmoni by B'Famme
Alamat :
Jalan Kent 3
Kuala Lumpur, Malaysia
Contact : 017-371 3010

Post a Comment

3 Comments