Avon Pertama di Dalam Shopping Mall

Haritu Aten berkesempatan untuk ke Berjaya Time Square sempena pelancaran butik kecantikan Avon di dalam pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran pembukaan butik ini dilancarkan oleh Romulus Sirbu, Presiden Avon Malaysia juga sempena sambutan ulangtahun ke 40 tahun Avon Malaysia.
Pelancaran butik kecantikan ini merupakan inisiatif Avon untuk lebih dekat dengan pelanggan setia serta pelanggan baru yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur serta lapisan masyarakat. 
Butik kecantikan Avon menyediakan jualan koleksi barangan kosmetik, haruman, barangan penjagaan kulit, barangan penjagaan diri wanita, serta pakaian dalaman wanita. Pelanggan boleh membeli pada harga di brochure atau harga yang lebih istimewa serta pelbagai keistimewaan lain apabila mendaftar sebagai ahli Avon.
Avon, Syarikat Jualan Langsung Barangan Kecantikan nombor 1 dunia juga mengungguli kategori haruman wanita serta pakaian dalaman selain antara 5 terbaik kategori barangan solekan, merupakan syarikat multinasional yang mempunyai ibu pejabat di London.
Untuk maklumat lanjut mengenai barangan Avon, program-program menarik serta peluang menjana pendapatan dengan melayari laman sesawang Avon di http://www.my.avon.com . 

Post a Comment

1 Comments

  1. Bila2 pergi BTS leh la singgah usha2 mekap etc camtu..

    ReplyDelete