Taiichi Café Menggabungkan Makanan dari Chez Leoniel, Masak Masak Malaysia dan Matthew's 3D Cake di Bawah Satu Bumbung

Hi korang!
Buat apa tu? Sedar tak sedar esok dah hari sabtu. Kebanyakan yang bekerja, bila sabtu ahad je mesti tak masak, nak rest puas-puas. Betul tak? Haaaa, Aten nak share dengan korang satu cafe yang menyediakan bukan sahaja masakan melayu tapi ada western dan pastri. Nama cafe tu Taiichi Café. Taiichi Café ni merupakan satu cafe kepunyaan Taiichi Hotel yang berlokasi dekat Bukit Bintang. Aten sure semua tau dan pernah pergi Bukit Bintang termasuklah pelancong luar negara. Kat Bukit Bintang pelbagai kemudahan ada dan yang paling penting, pelbagai jenis makanan ada di Bukit Bintang. Begitu juga dengan Taiichi Café, mereka hanya menyediakan makana yang berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Taiichi Café ni comel je tapi memang sangat berbaloi kalau datang :D
Simple je kan tapi suasana dia sangat seronok kalau nak lepak kat sini. Siap ada TV lagi. Haritu Aten tengok cerita Zootopia kat sini. Hahaha.  Sambil makan pun korang boleh dengar muzik yang best dan nak duduk kat bean bag pun dorang ada. Boleh la fefeeling duduk kat rumah. Hehehe. 
Taiichi Café menggabungkan pastri, kek dan roti Perancis dari Chez Leoniel, Nasi Lemak dari Masak Masak Malaysia dan Kek Durian 3D dari Mathew semua di bawah satu bumbung. Semua makanan yang hebat2 ada di Taiichi Café.  Jom baca details kat bawah ni mengenai makanan yang disediakan di Taiichi Café.
Chez Leoniel
Chez Leoniel merupakan sebuah kafe yang berlokasi di Alliance Francaise de KL (afkl) @ 15 Lorong Gurney, 54100 Kuala Lumpur dikenali dengan masakan Perancis yang asli. Pelanggan yang datang akan menikmati kopi Perancis di Café. Sejak dibuka pada Oktober 2014, Chez Leoniel mendapat banyak kepercayaan dan menjadi popular dalam kalangan pelanggan dan melawat kafe yang selesa ini berulang kali. Pastri Perancis Chez Leoniel yang asli, spageti, kopi dan salad segar juga kini boleh dinikmati  di Taiichi Café. Price range untuk Tea Set hanyalah dari RM10 hingga RM35 sahaja. Tea Set untuk 2 orang termasuk 10 keping pastri dengan pilihan sama ada teh atau kopi hanya RM35 je. Sepotong kek dengan pilihan kopi atau teh hanyaRM20 sahaja :D
FB: https://www.facebook.com/chezleoniel/
IG: https://www.instagram.com/chezleoniel/
E-mel: leoniel@hotmail.com
Masak-Masak Malaysia
Masak Masak Malaysia adalah satu jenama yang dibawa oleh Chef Lily. Chef Lily mempunyai lebih daripada 20 tahun berpengalaman dalam masakan tempatan. Chef Lily terkenal dengan Nasi Lemak beliau yang dihidangkan dengan sambal yang pasti buat korang jatuh cinta. Rendang Ayam, Ayam Goreng, Rendang Daging dan Sambal Terung Berlada juga boleh didapati disini. Bersama-sama dengan Taiichi Café, Chef Lily ingin membawa  makanan kegemaran rakyat Malaysia ini dari dapur beliau untuk pengunjung Taiichi Café . Korang boleh menikmatinya semasa sarapan pagi dan makan tengahhari pada harga yang sangat berpatutan.  Nasi lemak dengan ayam goreng atau rendang daging atau rendang ayam hanya RM12 sahaja termasuk minuman. Murah kan? :D
3D Matthew's Cake
Chef Matthew Yap dan isterinya, Helen Wong merupakan pembuat kek 3D berpengalaman dalam membuat kek berbentuk 3D. Kek durian 3D yang dibuat oleh mereka sangat unik, kreatif dan ia kelihatan seperti buah durian sebenar. Selain daripada kek durian, Matthew dan Helen juga membuat kek kelapa yang seakan-akan kelapa sebenar. Kek ini dijual dari serendah RM168 sekilogram, korang boleh menikmati kek 3D Matthew di Taiichi Café.

Dibuka setiap hari 6:30-19:00, Taiichi Café adalah pasti tempat yang sempurna untuk mereka yang mencari makanan berkualiti pada harga yang berpatutan. Korang boleh Dine-In (self service) di Taiichi Café , Take Away atau Taiichi Café akan membuat penghantaran ke tempat korang.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari media sosial mereka, 
Taiichi Café
Address : No. 78 & 80 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
FB Tai Ichi Hotel & Cafe : https://www.facebook.com/taiichihotel/
FB Masak Masak Malaysia : https://www.facebook.com/masakmasakMalaysia/
Website : taiichihotel.com
Online order and delivery: leoniel.oddle.me
Contact no : 019-7232112/019- 9388290
Operation hours :-
Breakfast – 06:30am-10:30am
Lunch – 11:30am-2:00pm
Tea time (Lounge service)– 2:30pm-5:30pm

Post a Comment

0 Comments