Pes Segera Sedap Nisa Bakri Kini Boleh Didapati di MonspaceMall.com !

Hi korang!
Hari cuti gini buat apa? Aten biasa lah update blog lepastu masak untuk Encik Suami. Hehehe. Entry ni Aten tulis dan nak share untuk korang-korang yang tak berapa pandai masak tapi teringin nak makan yang sedap. Macam Aten lah. Masak yang simple2 je reti. Yang complex2 ni susah sikit nak masak. Hukhuk. Korang jangan risau, lama-lama practise tau lah kan. Kunci dia kena rajin je. Dekat google ni bersepah resipi. Kalau taktau, boleh google je kan :D
2 3 hari lepas Aten berkesempatan ke Raul's Cafe by Nisa Bakri. Raul's Cafe ni berlokasi di TH Uptown 3, Damansara Uptown. Kalau nak waze, korang search TH Uptown 3. Mesti sampai punya. Hehehe. So that day, Puan Sri Nisa Bakri dan partner beliau Chef Siti Mastura ada membuat cooking demonstration dengan menggunakan produk mereka.
Puan Sri Nisa Bakri mempunyai produk beliau sendiri iaitu Pes Segera (Instant Paste) Kari Ikan dan Asam Pedas. Dengan hanya menggunakan pes ni, kari ikan dan asam pedas boleh dibuat hanya dalam masa 15-20 minit sahaja. So, orang yang tak berapa mahir nak masak macam Aten ni, memang Aten sangat recommend untuk beli pes segera ni! Kalau Aten tunjuk gambar hasil masakan guna pes ni, mesti korang akan beli punya lah! :D
Tadaaaaaaa! Asam Pedas Ikan Kembung dan Kari Udang yang dimasak oleh Nisa Bakri di Rauls Cafe. Bau memang harum semerbak wehh. Lepas habis cooking demo tu, kitorang berpeluang merasa air tangan masakan Puan Sri Nisa Bakri, memang sedap!
Bersama-sama dengan Puan Sri Nisa Bakri ialah Chef Siti Mastura, seorang chef berasal dari Singapura yang semakin dikenali ramai oleh orang Malaysia kerana kebolehan beliau menghasilkan pastri dan pencuci mulut yang marvelous! Chef Siti Mastura juga mempunyai produk beliau sendiri iaitu pre-mix untuk membuat pastri dan pencuci mulut. Yang Aten paling suka ialah Ready Made Cookie Dough rekaan beliau. Kita hanya tinggal buat bentuk dan bake dalam oven dan makan! Tak perlu nak uli tepung bagai. Fuhhh power gila! Sangat memudahkan. Brownies pun mudah dibuat menggunakan pre-mix beliau. 
Kedua-dua produk dari Puan Sri Nisa Bakri dan Chef Siti Mastura boleh dibeli di Raul's Cafe ataupun korang yang takde masa nak datang sini, korang boleh ke Monspace Mall . Monspace Mall merupakan satu website shopping online yang menjual pelbagai produk menarik dengan harga yang berpatutan termasuk produk dari Puan Sri Nisa Bakri dan Chef Siti Mastura. 
Seronok bila dapat berkumpul dengan rakan blogger bersembang dan berkenalan dengan 2 orang rakan blogger baru iaitu Jason dan Megan. Thanks for inviting!
Untuk maklumat lanjut, boleh layari media sosial mereka,
Address : TH Uptown 3, Damansara Uptown, Petaling Jaya
Waze : TH Uptown 3

Post a Comment

0 Comments