Movie Review | Surga Yang Tak Dirindukan 2

Sinopsis Surga Yang Tak Dirindukan 2 : 
Surga Yang Tak Dirindukan 2 merupakan kesinambungan Surga Yang Tak Dirindukan yang disiarkan pada tahun 2015. Surga Yang Tak Dirindukan 2 mengisahkan tentang Arini memenuhi undangan untuk mempromosikan bukunya di Budapest, Hongaria. Arini pergi ke sana bersama dengan anak beliau. Dan secara tak sengaja Arini bertemu kembali dengan Meirose dan putranya, Akbar. Setelah meninggalkan Pras dan Arini, Meirose menetap di Budapest. Selama itu pula ia telah berubah menjadi seorang muslimah yang sangat menyayangi agama baru beliau. Pertemuan Arini dan Meirose kemudian menjadi babak baru dari kisah cinta antara Arini, Pras, dan Meirose. Arini dikejutkan dengan penyakit kanser serviks yang datang kembali dan Arini mahu Meirose untuk jadi pendamping hidup suami tercintanya walaupun Meirose sedang hangat bercinta dengan doktor yang merawat Arini. 

Trailer Surga Yang Tak Dirindukan 2 : 
Review Surga Yang Tak Dirindukan 2 : 
Seriousss tak pernah tau kewujudan cerita Syurga Yang Tak Dirindukan ni tau. Mungkin sebab movie dari Indonesia so Aten tak ambil tahu sangat. Tapi semenjak dua menjak ni orang semua share pasal cerita ni. Yang first punya lah. Semua orang cakap best. So, Aten pun apa lagi. Tengok jugak lah sekali kan. Hahaha. Syurga Yang Tak Dirindukan yang first besttt! Nanges wehh. Suami kawen lain, sape tak sedih ye dak? Filem dari Indonesia tak pernah mengecewakan Aten. View dalam cerita ni semua cantik-cantik siap pergi oversea lagitu. Serba sedikit tau lah pasal negara orang ni. Lagu OST pun best and sedih. Sape yang tengah putus cinta bila dengar lagu ni confirm banjir. Overall, antara Syurga Yang Tak Dirindukan 1 dan Syurga Yang Tak Dirindukan 2, yang first lagi best! Dua-dua sedih tapi yang kedua tak sesedih yang pertama. Syurga Yang Tak Dirindukan 2 ni sedih bila Arini tu mati. Tu je. So far yang lain tu okay okay je. Dari 10 bintang, Aten bagi 7.5 bintang. Yeayyy! Apa-apa pun memang worth tengok lah. Harini first day Syurga Yang Tak Dirindukan ditayangkan di Malaysia. So, kalau ada masa, pergi tengok kat wayang okeh :D

Post a Comment

1 Comments

  1. filem hasil dari seberang mmmg menarik utk ditonton

    ReplyDelete