Monspace Multinasional Corp Sumbang Kenderaan untuk Perkhidmatan Klinik Bergerak

Hi korang!
Cuti-cuti ni buat apa? Rehat puas-puas ye sebab esok dah Isnin :O cepatkan masa berlalu.
Entry kali ni Aten nak cerita mengenai satu event yang Aten pergi anjuran Monspace Multinasional Corp yang dibuat di The Earth, Bukit Jalil. Aten dan beberapa rakan blogger lain turut serta dalam menyaksikan pelancaran perkhidmatan klinik bergerak untuk St John Ambulance Malaysia. (SJAM) Ambulans ni didermakan oleh Monspace Multinasional Corp. Alhamdulillah masih ramai lagi yang baik hati membuat kebajikan untuk orang ramai.
Turut hadir di majlis pelancaran ini ialah Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Malaysia, Dato 'Lai See Ming, pengerusi SJAM, Dato' Yeo Kim Thong, Setiausaha Agung SJAM merangkap Ketua Pegawai Operasi Yayasan SJAM-KPS dan beberapa rakan artis.
Perkhidmatan klinik bergerak adalah penting dalam memajukan matlamat dan tujuan teras SJAM: untuk menggalakkan semua kerja-kerja kemanusiaan untuk menyembuhkan orang yang dalam penderitaan dan kesusahan tanpa apa-apa perbezaan bangsa, kelas, warna atau fahaman. Perkhidmatan klinik bergerak ini akan digunakan di kawasan luar bandar dan juga masyarakat pribumi yang sering mempunyai kesukaran mengakses klinik dan hospital.  Ia juga akan melawat pertubuhan seperti rumah anak yatim dan rumah orang tua.
SJAM Selangor telah memulakan perkhidmatan klinik bergerak pada Ogos tahun lepas, menyediakan penjagaan kesihatan kepada masyarakat di Semenyih. Selain penjagaan kesihatan percuma, SJAM juga menyediakan makanan dan bantuan barangan untuk membantu golongan yang kurang. Kini dapat lagi satu ambulans sumbangan dari Monspace Multinasional Corp.
Rakyat Malaysia boleh menghubungi SJAM untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan klinik bergerak ini. Diharapkan lebih ramai yang akan menyumbang dalam menjadikan penjagaan kesihatan boleh diakses dengan mudah kerana ianya hak asasi dan sejagat untuk semua manusia. Semoga niat baik Monspace Multinasional Corp dan St John Ambulans Malaysia dibalas dengan sesuatu yang lebih baik. Aminnnn :)

0 comment... add one now