Maqilla Boutique Kini Dibuka di Kuala Lumpur !

Fashion lovers, korang mesti akan suka tempat ni ! 
Minggu lepas, Aten dan beberapa rakan bloggers lain berkesempatan pergi ke majlis pelancaran pembukaan Maqilla Boutique yang terletak di Kuala Lumpur. (Bangunan KPJ yang lama berdepan dengan Jalan Pahang)
Butik Maqilla ni dibuka tercetus daripada dua sahabat baik, Datin Nur Aqilah Datuk Khalil, dan Wan Irmawati Idayu Rosli yang begitu meminati dunia fesyen. Butk Maqilla dibuka kerana bantuan daripada Putra dah Ariff yang sudah menceburi dunia fesyen selama 12 tahun.
Maqilla Boutique menjual baju 'Ready To Wear' berkonsepkan muslimah yang sesuai digayakan oleh pelbagai peringkat umur. Material yang digunakan pun berkualiti dan selesa dipakai. Pakaian yang ada di Butik Maqilla sesuai digayakan ke pejabat, acara biasa ataupun majlis formal. Dan yang paling awesome ialah semua pakaian di butik ini dijual pada harga mampu milik iaitu di bawah RM200 sehelai. Sangat berbaloi dengan kualiti pakaian yang disediakan.
Butik Maqilla menawarkan blaus, pants, cardigan, jaket, baju kurung, skirt labuh, blaus panjang dan pallazo. Skaf dan shawl juga ada dijual disini tau ! Lengkap semua dari atas sampai bawah. Sangat memudahkan kita semua yang selalu sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya.
Overall, rekaan baju dari Maqilla Boutique ni semuanya cantik-cantik. Material pun jenis yang tak panas dan senang di-iron. Corak dan pilihan warna pun sangat menarik perhatian Aten. Yang paling Aten suka antara koleksi dorang ialah cardigan Butik Maqilla. Siap ada lace. Nampak eksklusif sangat. Harga pun sangat berpatutan. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Memang kalau korang masuk Butik Maqilla ni rambang mata rasa macam nak beli semua. Hahaha. 
Untuk maklumat lanjut mengenai Maqilla Boutique ,
Address :  KPJ TAWAKKAL HEALTH CENTRE, Kuala Lumpur
 (Bangunan KPJ yang lama berdepan dengan Jalan Pahang)
Contact no : +603 4031 1785
Operation hours : Dibuka setiap 10am - 7pm (kecuali hari rabu)

Post a Comment

0 Comments