兰花香水 Orchid Perfume, Minyak Wangi Legendary Buatan Malaysia

Hi korang!

Sedar tak sedar dah bulan 2. Alhamdulillahh dah nak dekat 3 bulan Aten menjadi isteri orang. Hehehe. 2 hari lepas kan Valentine Day. Soooo, Encik Suami Aten hadiahkan Legendary Perfume ni kat Aten. Baru-baru kawen ni macam-macam la dapat kan. Baju la coklat lah ni dapat perfume pulak. Kasih sayang tengah membara-bara gitu. Hahahha.

兰花香水 Orchid Perfume

Semburan pertama dari Orchid Perfume by Legendary Perfume ni Aten sure korang mesti akan jatuh cinta! Seriousss mmang harum semerbak rumah bila sembur :O Legendary Perfume ni dorang guna bunga orkid tau. Ternyata bunga orkid boleh menghasilkan perfume yang sangat wangi. Ohh Im in loveeee. Perfume ni made in Malaysia pulak tu. Rupanya Malaysia ni memang serba boleh! :D Tu sebab Aten buat entry khas untuk perfume ni sebab Aten nak cerita perfume ni wangi gila and korang wajib kena beli. Nak tau bau macam mana, boleh PM tepi okeh :p

Satu botol Legendary Perfume ni didatangkan dengan volume 30ml. Nampak macam sikit kann tapi tapi kalau dengan wangian macam ni, confirm 2 3 bulan boleh tahan satu botol ni. Setiap kali nak keluar tu sembur lah sekali. Kalau jenis yang nak wangi sesangat, semburlah banyak sikit. Confirm ada mata yang memandang nanti. Heheheh.

Dengan reka bentuk perfume yang comel ni sangat memudahkan hidup Aten! Yela, boleh dibawa kemana-mana. Simpan je dalam handbag tu. Ringan pun ringan. Confirm takkan terlupa nak pakai punya :D

Orchid Perfume ni lelaki dan perempuan boleh pakai tau. Bau perfume ni just nice. Tak terlalu feminin dan tak terlalu keras. Apa orang kata, unisex. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Selain dari pakai untuk diri sendiri, boleh jugak hadiahkan Legendary Perfume kat girlfriend ke boyfriend ke suami ke isteri ke bff ke, mesti dorang akan appreciate bila dapat perfume ni. Seriousss, Aten bukak je kotak hadiah tu terus senyum berbunga-bunga hati dapat hadiah dari Encik Suami. Hehhehe :D

兰花香水 Orchid Perfume

Nak beli kat mana?
Im sure ramai yang taktahu mengenai perfume ni. Tapi benda baik why not kita sebarkan ye dak? Legendary Perfume boleh didapati di 10 tempat eksklusif di Malaysia iaitu KLIA , Subang Airport, Penang Airport, Parkson Sungei Wang Plaza, Mid Valley, Langkawi, Sunway Putra Mall, Pavilion KL, One Utama dan Sunway Pyramid. Dah tau kan kat mana nak beli? Jom terjah ramai-ramai :D
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari media sosial
Legendary Perfume
Contact : 012-210 1048

Post a Comment

1 Comments

  1. mcm mane la bau orkid tu ya....x pernah plak perasan bunga orked berbau

    ReplyDelete