Karnival Tekstil Jaafar Onn Design Keluaran Eurotex Asia

Hi korang!
Sedar tak sedar dah bulan 2 dah kan. Nanti pejam celik pejam celik dah puasa lepastu raya. Rasanya sekarang pun dah boleh survey kain untuk buat baju raya. So, entry kali ni Aten nak cerita kat korang tentang karnival tekstil Jaafar Onn Design keluaran Eurotex Asia yang berlangsung di Grand Ballroom, Concorde Hotel Kuala Lumpur pada 3,4 & 5 Februari lepas.
Jaafar Onn Design diilhamkan oleh syarikat tekstil Eurotex Asia dibawah pengasas utama En Mohammad Azlan. Secara umum, Eurotex Asia adalah sebuah syarikat tempatan yang dikelolakan bersama 4 orang rakan niaga juga dalam kalangan  orang tempatan. Syarikat ini ditubuhkan dan maju tanpa apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana pihak kerajaan atau pihak bank. Tujuan ditubuhkan adalah untuk menyediakan platform untuk usahawan-usahawan yang ingin memulakan  perniagaan tekstil dan memenuhi permintaan perniagaan yang membawa keuntungan yang tinggi dan berisiko rendah.
Sebagai pembuka tirai untuk tahun 2017, Eurotex Asia telah bekerjasama dengan rakan artis, Jaafar Onn untuk menerbitkan dan merealisasikan Jaafar Onn Design. Selebriti terkenal yang bernama Jaafar Onn (pereka fesyen, penyanyi, pelakon, pengacara, penghibur, chef) tidak asing lagi dengan pembabitan beliau dalam dunia fesyen sejak tahun 1979. Segala rekaan beliau selalu diperagakan oleh artis-artis terkenal seperti Fauziah Latif, Anita Sarawal, Noorkumalasari dan ramai lagi. Rekaan beliau juga selalu dipentaskan  didalam program hiburan seperti RTM. Selain itu, rekaan Jaafar Onn selali dihiasi di dalam majalah-majalah terkenal Malaysia seperti URTV, MEDIA HIBURAN, VARIAPOP, NONA.
Tercetusnya ilham Jaafar Onn Design kerana beliau mempunyai kredibiliti untuk mengilhamkan ciptaan berkonsepkan warisan. Jaafar Onn Design kini menjadi satu trend yang akan diperkenalkan ke serata pelusuk Malaysia sebagai rekaan istimewa dari beliau. Pada masa akan datan, Eurotex Asia akan mengeluarkan material yang lebih baru dan istimewa dengan bermotifkan corak yang lebih moden serta menjadikan selebriti lain sebagai duta serta jurucakap untuk promosi syarikat Eurotex Asia.

Pelbagai warna dan corak. Cantik kan? Kepada yang berminat untuk melihat sendiri koleksi tekstil Jaafar Onn Design, mereka akan meneruskan karnival tekstil menjelajah ke seluruh Malaysia seperti Terengganu, Johor, Penang, Sabah dan pelbagai lokasi yang akan dimaklumkan. Oh ye, siapa yang berminat untuk menjadi agen atau rakan niaga, mereka ada menyediakan kursus berniaga secara online dan menyediakan pakej yang menarik! 
Sebarang pertanyaan / pendaftaran sebagai ejen atau rakan niaga, segala informasi dan butiran lebih lanjut boleh hubungi : 
RAHIL +6011 2553 2096
RAHAYU +6017 287 3081
AFFIQ +6013 431 4066
ANAS +6019 259 3133
LAILA +6012 841 7972
HAFIZAH +6012 985 5027
AZLAN +6014 717 6967
Alamat : 49-50-51 Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur
(dikenali sebagai AKED MATA AIR, AKED SALIHIN & AKED ASNIDAR)

Post a Comment

0 Comments