Jom Join KL Rush Explorace 2017 !

Bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan, Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan KL Rush Explorace 2017 pada hari Ahad, 26 Februari 2017, bermula dari jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang. Perlumbaan ini akan bermula dari Menara Kuala Lumpur dan bergerak ke beberapa lokasi yang telah dikenalpasti sebelum berakhir kembali di Menara Kuala Lumpur.
Perlumbaan ini akan membawa para peserta ke beberapa kawasan tarikan utama sekitar Bandaraya Kuala Lumpur yang sememangnya menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara, sambil menyelesaikan cabaran-cabaran fizikal dan tugasan-tugasan yang akan mencabar minda peserta dalam masa yabg telah ditetapkan.
Fokus utama KL Rush Explorace 2017 adalah untuk meningkatkan kesedaran para peserta tentang tempat-tempat bersejarah dan pelancongandi sekitar Bandaraya Kuala Lumpur di samping menyokong inisiatif dan seruan kerajaan untuk memupuk masyarakat yang cintakan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia juga bertepatan dengan aspirasi mereka untuk mempromosikan Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi kebudayaan (Culture), Aktiviti Lasak (Adventure) dan Alam Semulajadi (Nature)
Para peserta akan menerokai Kuala Lumpur secara berjalan kaki atau menggunakan pengangukutan awam yang dibenarkan semasa perlumbaan dalam jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan misi perlumbaan.
Perlumbaan untuk penyertaan boleh dilakukan secara online di www.menarakl.com dengan mengisi borang pendaftaran di laman sesawang tersebut. Setiap pasukan harus mempunyai 4 peserta (maksimum 4 orang peserta) dan setiap peserta mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. Yuran penyertaan adalah RM240.00 bagi setiap pasukan.
Jangan ketinggalan untuk menyertai acara yang menguji minda dan ketahanan fizikal ini. Sambil menikmati pelbagai aktiviti dan cabaran yang menyeronokkan serta keindahan dan keunikan Bandaraya Kuala Lumpur , korang berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 !
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, boleh terjah,
Contact No : 03 2020 5448

Post a Comment

0 Comments