Fazura Dilantik Sebagai Duta Neffos X Series

 Haritu Aten berpeluang untuk ke event Neffos selama 2 hari di Sunway Pyramid. Sebelum ni dorang dah buat dah pelancaran rasmi untuk smartphone keluaran baru dorang. Cuma di Sunway Pyramid merupakan majlis nak memperkenalkan siapa duta terbaru Neffos X Series ni. Aten paling semangat sekali. Sbb nak tau jugak siapa Neffos pilih untuk smartphone yang best gila ni :D
Ni link pelancaran rasmi Neffos haritu [ SINI ] . Percayalah! Korang akan amaze dengan smartphone terbaru ni dan harga pun sangat affordable. Rasa macam nak beli smartphone tu haritu jugak! Hehehe. Tapi cukuplah ada 3 smartphone kat rumah. Dah lingkup semua baru beli. Lagipun Aten ada Neffos C5 Max.  Memang Aten sangat berpuas hati dengan Neffos C5 Max. Kalau dengan C5 Max pun Aten dah rasa puas hati, Neffos X Series ni mesti lagi power! :D
Tadaaaaa! Fazura merupakan duta untuk smartphone terbaru dari Neffos. Wahhh pandai Neffos pilih duta ye. What can I say about Fazura ; cantik, sangat friendly, suka senyum, dan bersungguh-sungguh bila buat kerja. Passion beliau bila bekerja sangat unbelievable! Semoga dengan pelantikan Fazura sebagai duta Neffos dapat memperkenalkan Neffos X Series di dalam dan luar negara dan menaikkan populariti Fazura di dalam industri. Amiinnnnn :)

0 comment... add one now