Elfee Hefny Kembali Dengan JIWA ELFEE

JIWA ELFEE merupakan album terbaru dari Elfee Hefny dengan kerjasama Insictech Musicland telah membuat  Majlis Pradengar Album Jiwa Elfee Bersama Media pada 8 Feb 2017 baru-baru ni.
Majlis Pradengar Album Jiwa Elfee Bersama Media diadakan di Menara Kuala Lumpur dan turut hadir keluarga, rakan artis  beliau ke majlis ni. 
Majlis Pradengar Album Jiwa Elfee Bersama Media bertujuan memperkenalkan Elfee Hefny dengan album terbaru beliau dan lagu terbaru beliau iaitu Nadi Cinta yang pastinya membuatkan korang akan jatuh cinta dengan lagu ni.
Di dalam Album Jiwa Elfee terdapat 5 buah lagu dan 3 lagu minus one. Nadi Cinta, Ketulusan Cinta, Kesedihan Ini, Nadi Cinta (Piano Version) dan Gitarku Pianomu yang sememangnya akan buat korang jatuh cinta bila first time mendengarnya. Sememangnya Elfee sangat berbakat dalam bidang nyanyian. 
Jom ke youtube Aten : Fatin Bella , subscribe dan dengar Elfee nyanyi live di event haritu :D 
GITARKU PIANOMU
NADI CINTA
KETULUSAN CINTA
Apa-apa pun, tahniah Elfee atas album baru Jiwa Elfee. Semoga Elfee terus sukses dalam industri nyanyian. Fighting! :)

Post a Comment

0 Comments