dE'Laman Event Space / Wedding

Hi readers kesayangan!
Cepat je dah monday blues kan? 2 hari cuti tak rasa apa. Hukhuk. Tapiiii Aten tau macam mana nak hilangkan monday blues korang tu tapi dengan syarat korang kena baca sampai habis lah. Hehehe. Entry ni sesuai untuk korang yang tengah mencari tempat best untuk buat wedding ataupun event.
Minggu lepas Aten dan beberapa rakan blogger telah datang ke de'Laman Event Space / Wedding yang berlokasi di iParc, Bukit Jelutong. 
Pelancaran de'Laman Event Space / Wedding telah dirasmikan oleh YDH Dato HAJI EMRAN BIN HAJI KADIR DATO ORANG KAYA MAHA BIJAYA PETALING ORANG BESAR DAERAH PETALING. Acara diadakan secara meriah dan gilang-gemilang dengan pelbagai aktiviti termasuk pameran pelamin, pertunjukan fesyen, nyanyian artis dan sidang media bersama pihak de'Laman Event Space / Wedding dan Promedia.
Bangunan de'Laman Event Space / Wedding mempunyai 3 tingkat yang terlektak di iParc 3 Bukit Jelutong yang menyediakan tempat untuk pelbagai jenis majlis acara perkahwinan, akad nikah, ulang tahun, pertunjukan fesyen, parti, seminar dan sebagainya.
Pertunjukan fesyen dilakukan oleh Bon Zainal dan Dicky Ishak dari Singapore yang memperagakan baju koleksi mereka. Ia sejajar dengan tujuan destinasi de'Laman sebagai pilihan venue untuk pasangan yang bakal berkahwin dan pelbagai aktiviti majlis.
de'Laman Event Space / Wedding mula beroperasi pada disember tahun lepas dan mempunyai keluasan 6500 kaki persegi. Lokasi de'Laman Event Space / Wedding sangat strategik kerana mudah dicari dan mempunyai tempat parking yang banyak.
Makanan disediakan mengikut event yang korang buat. Bangunannya bersiling tinggi, mempunyai pelbagai kemudahan seperti khidmat katerer, surau, ruang istirehat, PA System, Projector, dewan berhawa dingin, canopy. Luar dewan juga luas untuk melakukan acara dan selesa.
Untuk maklumat lanjut mengenai de'Laman Event Space / Wedding, korang boleh terjah media sosial dorang : 
de'Laman Event Space / Wedding
Address : No 11, Jalan Riyal U3/37, iParc 3, Bukit Jelutong, 40150, Selangor
Waze : Jalan Riyal U3/37
Contact no : 012-356 6858
Email : delamanevent@gmail.com

Post a Comment

0 Comments