Makan Best di Bangi Bersama Suami Tersayang

Hi korang!
Tengah buat apa? Makan ke? :p
Entry harini Aten nak share dengan korang tentang satu restoran yang baru dibuka di Bangi. Quite baru jugak. Dalam sebulan lebih gitu. Nama restoran ni Orked Lavender Kafe. Mesti korang tak pernah dengar kann? Aten pun baru perasan haritu bila nak shopping dekat Bangi Sentral. Hehehe
Cantik kan dekorasi dalaman kedai ni, Aten fefeeling macam kat rumah je. Hehehehe. Dinding dalam kafe ni pun dah cantik, memang bergambar dulu lah Aten. Nak duduk dekat kerusi biasa, kat sofa pun boleh, nak duduk dalam kafe boleh, nak duduk kat luar pun boleh. Best tau! Hehehe.
Kitorang datang ni waktu dinner dalam pukul 8 macam tu. The best ever feeling bila suami cakap tak payah masak dan dia ajak makan luar. Memang seronok la kan :D hehehe
Laksa Johor
  Nasi Dagang
 Tuna Spaghetti
 Karipap Ikan
Keropok Lekor
 Mojito Peppermint dan Watermelon Lychee
dan semestinya feveret Aten, Milkshake Oreo Cheese! 
Review Orked Lavender Kafe :
Haaaa, macam mana? Terliur tak? Percayalah, Aten yang tengah buat entry ni lagi terliur! Rasa macam nak pergi je lagi. Overall, Aten suka dengan suasana dalam kafe ni. Sesuai sangat kalau nak pergi dating dengan gf atau bf, suami atau isteri. Hehehhe. Nak buat birthday celebration pun boleh kat sini sebab dorang pun ada jual cake dekat sini. Food yang disediakan pun sedap. Cuma tak banyak pilihan lagi. Mungkin sebab masih baru. Orked Lavender Kafe ni sesuai untuk korang yang nak makan light dinner dan ada satu je pilihan nasi iaitu Nasi Dagang. Staff yang serve kitorang pun semua baik je murah dengan senyuman. Aten ni fans laksa tapi laksa Penang. Jarang lah nak merasa laksa johor. Tapi, Laksa Johor yang dorang buat ni memang sedap! :D Memang sangat berbaloi dengan makanan dan harga yang ditawarkan. Memang Aten berpuas hati dengan semuanya!
Terima kasih Encik Suami Feeq sebab bawak datang makan sini. 
Lepas ni boleh makan kat sini lagi kan? :p Hehehehe

ORKED LAVENDER KAFE
Address : 7-G, Jalan Medan Pusat 2D, Pusat Bandar Bangi, 43650 Bangi, Malaysia
Contact03 8912 2200
Operation hours : 
Isnin-Sabtu : 12.30pm - 11.30pm
Jumaat : 2.00pm - 12.00am

0 comment... add one now