Teman Wangi Sepanjang Hari dengan Dmel Perfume

Hi korang!
Sebelum pergi kerja tu dah spray minyak wangi belum? Hehehe
Entry kali ni berkisarkan tentang minyak wangi! Yeayyy tipulah kalau ada orang yang tak suka wangi-wangi kan. Boleh boost kita punya self-confidence tau! :D
Engkorang pernah dengar Dmel Perfume?
Haaa, Aten pun first time dengar lepas dapat invitation ke grand launching dorang ni. Dmel Perfume ni diilhamkan oleh Sanie Abdul Rahman yang menjadikan minyak wangi sebagai satu permulaan beliau melangkah jauh ke dunia perniagaan. Beliau memilih minyak wangi kerana beliau seorang wanita yang sangat menyukai wangian. Untuk permulaan, Sanie memasarkan enam jenis minyak wangi, 3 untuk lelaki dan 3 untuk perempuan
MEN PERFUME BY DMEL RAHMAN
RrB 40ml RM64.90
Chase 30ml RM54.90
Trust 30ml RM54.90
Untuk lelaki, rangkaian Men Perfume by Dmel Rahman, Chase, Trust dan RrB adalah inspirasi dari kepercayaan, yakin diri dalam mengejar impian.

Women Perfume by Dmel Rahman
Scents 40ml RM64.90
Shine 30ml RM54.90
Lovely 30ml RM54.90
Untuk perempuan, rangkaian Women Perfume by Dmel Rahman, Scents, Shine dan Lovely adalah lambang peribadi wanita yang penuh dengan kasih sayang, yakin dengan gerak hati dan sangat menghargai cinta.
 YB Dato Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut serta dalam acara pelancaran Dmel Perfume
Sanie dan model-model yang memperagakan Dmel Perfume.

KELEBIHAN DMEL PERFUME
  • Halal (gunakan tanpa ragu-ragu!)
  • Harga yang berpatutan
  • Bau yang tahan lebih dari 8 jam
  • Kemasan botol yang cantik
  • Sesuai untuk dibawa ke mana sahaja kerana saiz yang comel

Founder Dmel Perfume yang sangat cantik, sporting dan manis. Sentiasa senyum.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terjah social media dorang okay :
DMEL PERFUME
Contact no : 019 276 1575 / 012 907 5382

Post a Comment

0 Comments