Rawatan Genesis Cryo-electroporation @ Revival Medical Clinic

Yuhuuu korang! Sihat? 
Entry kali ni Aten nak cerita pasal rawatan muka yang Aten buat haritu. Dah namanya perempuan, penjagaan muka mesti lah penting kan untuk memastikan diri sentiasa cantik dan berseri bila berkomunikasi dengan orang lain. Bila muka rasa cantik dan licin, semestinya confidence level dalam diri pun makin bertambah dan aura positif dalam diri pun dapat disebarkan. Alhamdulillahhh, Aten ada jumpa satu klinik ni yang menawarkan servis yang menarik minat Aten. Korang pernah dengar Revival Medical Clinic?

Jom tengok apa yang ada dalam Revival Medical Clinic :D
Revival Medical Clinic merupakan klinik regeneratif termasuk rawatan jerawat, jerawat rawatan parut, pigmentasi, jeragat, anti-penuaan, penjanaan semula sel dan liposelection berpangkalan di Shah Alam, Selangor .
Revival Medical Clinic menawarkan perundingan dan rawatan untuk semua jenis penyakit kulit seperti ruam, psoriasis, rosacea, ekzema, selulitis, impetigo, ulser, jangkitan kulat kuku, CYTS sebum, calluses, ulser mulut, tinea, ulser kaki, dermatitis dan semua jenis penyakit kulit.
Mula-mula masuk, Aten berjumpa dengan doktor untuk analisa jenis masalah kulit Aten. Selepas berborak dan doktor menerangkan jenis kulit Aten, rawatan yang Aten kena buat ialah Genesis Cryo-electroporation. Genesis Cryo-electroporation ialah satu rawatan muka untuk meningkatkan penembusan cecair ke dalam lapisan kulit. Dengan gabungan electroporation dan cooling machine, ia membantu kulit Aten meningkat penghidratan kulit, mencerahkan kulit dan menegangkan kulit muka Aten.  Kira kalau Aten pakai moisturizer lepas ni, terus je moisturizer tu serap masuk dalam kulit Aten. Hehehe. Genesis Cryo-electroporation ni sesuai iuntuk mereka yang berkulit kering, yang ada kedutan halus dekat muka,  pigmentation/freckles dan juga tona kulit tidak sekata.
Jom tengok step untuk rawatan Genesis Cryo-electroporation :
5 langkah mudah yang tidak sakit, tak menggunakan jarum yang merangkumi pemakaian serum hydrating dan whitening, cooling treatment dan pemakaian mask. Durasi untuk treatment ni hanyalah 1 jam. Seriously cepat je rasa 1 jam tu wehhh. Seronok bila ada orang yang tolong buat rawatan kat muka kita sambil baring. Memang boleh tertidur lah sebab suasana dalam Revival Medical Clinic ni sangat tenang. Takde bising. Aten sangat enjoy buat rawatan muka dekat klinik ni :D
Review Revival Medical Clinic :
Katakan tidak lagi kepada tona kulit yang tidak sekata! Alhamdulillah Aten sangat berpuas hati dengan servis yang ada di Revival Medical Clinic. Selepas 1 jam mendapatkan rawatan, kulit Aten jadi lembab dan halus. Bila pegang pipi tu, takdelah rasa kasar-kasar lagi dah. Staff yang jaga kedai ni siap bagi tips untuk Aten kekalkan kelembapan kat muka Aten. Aten baru tau kulit Aten sesuai dengan produk yang water-based. Yang penting, takde cucuk-cucuk kat muka tau. Takde jarum ke apa. Aten berasa eronok sangat sepanjang rawatan dibuat. Hehehe. Harga pun sangat worth dengan treatment yang mereka bagi. Memang korang akan rasa perubahan sebelum dan selepas membuat rawatan tu. Suka suka suka!

Untuk maklumat lanjut, boleh refer bawah ni tau : 
Revival Clinic - Dr Jeff Khoo
Address33-G, Jalan Anggerik Vanilla BF31/BF, Kota Kemuning
Shah Alam, Malaysia
Contact no016-211 5237
Email : contact@revivalclinic.com.my

Post a Comment

0 Comments