Penang Road Trip with 10th Generation Honda Civic

Alahaiiii cantiknya Honda Civic generasi yang ke-10 ni ! 
First time tengok terus jatuh cinta! Love in a first sight gitu! *.*
Alhamdulillah thanks Don, Manoah sebab memberi kepercayaan kepada Aten untuk membuat review dengan Honda Civic terbaru generasi ke-10 ni ke Penang :D
Seawal 9 pagi, Aten dan rakan blogger yang lain telah berkumpul di Restoran Onde-Onde di Citta Mall untuk pendaftaran, makan pagi dan taklimat mengenai perjalanan 2 hari 1 malam ke Penang. 
MENGENAI HONDA 10TH GENERATION CIVIC :
Honda Malaysia dilihat memberi keterujaan dalam industri automotif, terutamanya dalam segmen C menerusi pelancaran rasmi Civic Generasi ke-10 yang amat dinantikan pada 9 Jun 2016. Dalam membangunkan Civic serba baharu yang menjadi salah satu pembangunan model baharu paling komprehensif dan bercita-cita tinggi yang pernah dilakukan oleh Honda, pasukan juruteranya telah menetapkan penanda aras bahawa Civic bukan sahaja akan bersaing dengan kenderaan-kenderaan dalam segmen C. Malah dengan kenderaan kompak premium buatan Eropah. Hasil usaha keras tersebut, Honda kini mampu menawarkan Civic yang akan menjadi pengubah dalam segmen C dari segi reka bentuk, prestasi dinamik, penjimatan bahan api, keluasan, kualiti ruang dalaman dan ciri-ciri keselamatan – semua ini dalam satu pakej harga yang menarik. Honda Civic mempunyai reka bentuk luaran yang kemas dan aerodinamik dengan rekaan dalaman yang memberi tahap keselesaan serta keluasan kenderaan segmen D. Menerusi kepakaran Honda dalam aspek pakej kenderaan, Civic serba baharu mampu menawarkan pakej yang terbaik dalam kelasnya melalui tapak roda yang lebih panjang dan badan lebih lebar.
Road trip ke Penang bermula setelah selesai sesi taklimat, Aten dan 2 rakan blogger lain, Feeq dan Freda telah memilih untuk menaiki Honda Civic 1.5 Turbocharged . Aten pilih yang ada turbo senang nanti nak pecut kat atas jalan raya ni nak try test power. Hehehe.

Setelah hampir 2 jam perjalanan, kitorang semua berhenti untuk makan tengahari di Restoran Sri Tanjung Tualang yang sangat popular dengan makanan laut mereka.
First time dengan restoran ni. Almaklum lah Aten jarang datang ke Perak. Hehehe. Restoran ni kecik je tapi penuh orang weh ! Makanan yang dorang serve pun sedap. Staff restoran ni pun sangat peramah. Suka suka suka!
Selepas makan tengahari, kitorang meneruskan perjalanan ke Penang. Selepas hampir 3 jam perjalanan, kitorang sampai ke Stadium Batu Kawan untuk aktiviti Gymkhana dan VSA (Vehicle Stability Assist). Aktiviti yang ni yang Aten paling teruja. Nak uji kestabilan kereta Honda Civic Generasi ke-10 kalau ada kecemasan berlaku.
Disini, kitorang berpeluang untuk berada di dalam kereta Honda Civic untuk merasai sendiri apa yang akan berlaku jika berlaku kecemasan. Kalau korang nak tahu, Honda Civic Generasi Ke-10 ni ada VSA (Vehicle Stability Assist). Kitorang dapat merasai menaiki Honda Civic dengan VSA On dan VSA Off.
  • VSA On : Lebih stabil, break lebih cengkam, mengikut arah stereng kereta berpusing, pemandu dan penumpang didalam kereta tidak mengalami gegaran yang teruk
  • VSA Off : Tak stabil, kereta melelong melanggar kon yang ada, kereta bergegar,  pemandu dan penumpang didalam kereta mengalami gegaran yang teruk dan bahaya
Selepas aktiviti gymkhana, kitorang ke Botanica Mansion untuk makan malam. Sumpah cantik weii tempat ni. Dapat tengok sunset. Sangat teruja dengan persekitaran kat sini dan makanan yang disediakan pun sedap. Layanan dari staff sini membuatkan terasa diri ni istimewa. Suka sangat! Tempat ni sesuai sangat untuk buat event. Hehehe.
Selepas makan malam, check in G Hotel Kelawai. First step masuk dalam bilik Aten terus Aten WOW, WOW dan WOW. Cantik wehhh! Setiap blogger dapat 1 bilik. Memang heaven! Sekali sekala dapat merasa dapat tidur hotel 5 bintang Aten rasa syukur sangat dapat peluang macam ni.
Keesokannya selepas check-out dan makan pagi, kitorang berkonvoi ke ESCAPE Adventure. Aten baru tau tempat ni wujuk. Hukhuk. Sememangnya tempat ni sesuai untuk mereka yang gemar aktiviti lasak. Disebabkan kekangan masa, tak banyak masa yang Aten dapat buat. In Shaa Allah lain kali kalau datang Penang, Aten akan datang sini lagi. Hehehe
Best kan kan kan? Sebenarnya banyak lagi tapi tak berkesempatan nak main. Wuwuwuwu
Selepas penat bermain di ESCAPE Adventure, kitorang singgah ke Prawn Village sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Disebabkan semua kelaparan, sampai je makanan terus makan. Ambik gambar pun sikit-sikit je. Ketam sweet sour ni paling sedap! Hehehhe.
REKA BENTUK DALAMAN HONDA CIVIC GENERASI KE-10

Kemasan pelapik lembut berkualiti tinggi dipasang untuk menyerlahkan personaliti Civic serba baharu yang ranggi dan memiliki karekter premium. Untuk mencapai kesenyapan kabin dan  meningkatkan lagi kualiti pemanduan, pakej ruang dalaman Civic serba baharu dilengkapi sistem kalis bunyi yang ringan. Ia merangkumi pelapik pada bahagian bawah kenderaan dan sistem pengasingan bunyi bising pada pintunya. Secara keseluruhannya, Honda berjaya mengurangkan tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) untuk mencapai ketenangan yang mampu meletakkan Civic satu kelas di atas berbanding para pesaingnya. 
Civic serba baharu juga menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda. Ia telah direka semula sepenuhnya untuk menjadi Civic yang paling mudah dan terhubung. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah:
  • Remote Engine Start
  • Walk Away Auto Lock
  • Electric Parking Brake  
  • Auto Brake Hold 
Aspek keselamatan yang tidak dapat dilihat tetapi amat penting juga tidak dilupakan oleh Honda. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti:
  • Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara  pada bahagian sisi)
  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Distribution (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • ISOFIX 
PILIHAN WARNA HONDA CIVIC GENERASI KE-10
Civic serba baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl, disamping dua warna baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl). Dua warna baharu pada Civic ini akan digunakan pada model-model lain keluaran Honda Malaysia. 
ENJIN HONDA CIVIC GENERASI KE-10
Enjin 1.5L VTEC Turbocharged baharu yang dibangunkan di bawah “Earth Dreams Technology” Honda menawarkan “Keseronokan Untuk Memandu” (Joy to Drive) dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang. Honda Malaysia merupakan pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa yang pertama memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C. Selain dari enjin 1.5L VTEC Turbocharged, Honda juga memperkenalkan enjin 1.8L i-VTEC. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear “Continuously Variable Transmission” (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api. Kedua-dua varian Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV). Honda nyata selari dengan hala tuju kerajaan yang berhasrat untuk menawarkan kenderaan EEV kepada orang ramai. 

Varian Civic 1.5L VTEC Turbocharged serba baharu dilengkapi sistem pemantauan pintar. Ia memberikan ketenangan minda untuk mengekalkan kecekapan dan prestasi enjin. Ciri ini berfungsi bagi mengingatkan pelanggan masa untuk menukar minyak enjin melalui satu lampu pada speedometer mengenai status servis tersebut. Para pelanggan boleh menikmati jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km di 88 buah pengedar Honda di seluruh negara. 
HARGA HONDA CIVIC GENERASI KE-10
RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)

RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)
REVIEW HONDA CIVIC GENERASI KE-10
Haritu Aten berpeluang untuk mencuba Honda Civic 1.5 Turbocharged dan Honda Civic 1.8S. Aten lagi prefer 1.5 Turbocharged sebab ianya lebih pickup berbanding dengan dengan 1.8S. 1.8S ni sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga. 1.8S ni sesuai kalau dipandu tidak terlalu laju @ normal. 1.5 Turbocharged sesuai untuk golongan muda yang ingin memandu laju. Reka bentuk dalaman pun cantik. Rasa macam Aten naik kereta sport. Hehehhe. Button Brake Hold pun best. Bila berhenti dekat traffic light, tak perlu dah tekan pedal brake. Hanya tekan button tu, automatically kereta tidak akan bergerak. Dengan adanya VSA membuatkan seorang Aten nak kumpul duit untuk beli Honda Civic Generasi Ke-10! Wishlist untuk tahun 2017. Moga semuanya dipermudahkan. Hehehe
Untuk maklumat lanjut mengenai Civic serba baharu, korang boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda; hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web  www.honda.com.my atau www.ridethedream.my untuk meneroka ciri-cirinya yang menarik

Post a Comment

1 Comments

  1. I hope I could also have a car of my own someday and honda is one of my top brands to choose from. Hehe

    - xx, Mariel

    ReplyDelete