Mulakan Tahun Ayam dengan Jamuan (dan Jantung) yang sihat dengan Nestle Omega Plus

Sebagai persiapan untuk musim perayaan yang menjelang, Nestle Omega Plus telah menganjurkan bengkel memasak khas dan majlis makan besar Tahun Baru Cina di The Cooking House, Bangsar untuk wakil media sempena ketibaan Tahun Ayam. Bengkel tersebut dikendalikan oleh Dato' Dr. Rajbans Singh, Perunding dan Pakar Geriatrik Pusat Perubatan Pantai, Pengacara TV - Wong Chui Ling dan personaliti kesihatan - Linora Low , bertujuan mendidik peserta tentang cara mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih sihat, Acara ini juga memberi peluang kepada wakil media untuk menyediakan sajian cita rasa Cina yang lazat lagi berkhasiat untuk Tahun Baru Cina.
Sebagai penyokong kesihatan jantung, Nestle Omega Plus menggalakkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan membantu mereka meningkatkan kesihatan jantung seperti mengamalkan tabiat pemakanan sihat atau menjadikan senaman sebagai amalan lazim. Tambahan lagi, pengambilan susu Nestle Omega Plus secara tetap membantu dalam pengurusan kolestrol kerana kandungan Acticol - sejenis sterol tumbuh-tumbuhan membantu menyekat kolestrol jahat daripada memasuki badan.
Bengkel ini menunjukkan pendekatan yang mudah untuk menyediakan sajian yang sihat berkhasiat pada Tahun Baru, seperti menggunakan teknik memanggang atau mengukus dan bukannya menggoreng celur, atau menggunakan lebih banyak sayur-sayuran atau ramuan berasaskan protein, yang akan membuatkan tetamu rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Demonstrasi memasak secara langsung ini juga memberikan pilihan kepada peserta untuk mebcuba teknik yang disarankan secara serentak.
Bengkel berakhir dengan sesi interaktif yang berkongsi petua berguna lain untuk mengekalkan gaya hidup sihat memandangkan kehidupan orang ramai yang penuh dengan tekanan pada harini.
Nestle Omega Plus akan terus melaksanakan aktiviti yang mencetus perubahan minda dan tanggapan dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kesihatan jantung. Secara lebih umum, matlamatnya ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang cara menguruskan kesihatan secara holistik.

Post a Comment

0 Comments