Mary Kay Botanical Effects Review

Gaya hidup harian yang sibuk tidak lagi menjadi halangan untuk kita semua menjaga kesihatan kulit muka kita. Dengan hanya menggunakan 5 langkah mudah, kulit muka kita akan menjadi sentiasa segar, sihat dan bersih! Terima kasih kepada Mary Kay kerana mencipta satu set penjagaan kulit yang diberi nama Mary Kay Botanical Effects yang sangat mudah digunakan dan yang paling penting mempunyai antioksidan dan wangi! Hehehe.
Manfaat Mary Kay Botanical Effects :
  • Botanical Effects Gel Cleanser: Membersih secara mendalam dan berkesan, dan juga melarutkan semua kesan minyak pada kulit.
  • Botanical Effects Exfoliating Scrub: Membuang sel kulit mati dan kusam, dan membuatkan liang (pores) berasa bersih.
  • Botanical Effects Toner: Membuang kotoran pada kulit dan mengurangkan sel kulit mati supaya sentiasa segar dan bersih.
  • Botanical Effects Moisturizer: Gel cepat resap yang tidak berminyak dan mampu melembapkan kulit sehingga 12 jam!
  • Botanical Effects Moisturizer SPF30: Perlindungan dari cahaya matahari ditambah dengan kelembapan kulit selama 12 jam dalam satu langkah mudah.
Kandungan Bahan dalam Mary Kay Botanical Effects:
1. Buah Naga 
Juga dipanggil pitaya, buah naga mengandungi asid lemak dan beberapa vitamin B-kompleks, termasuk "vitamin anti-stress" B1 (thiamin), ditambah B2(riboflavin) dan B3(niacin) 
- Buah naga juga penuh dengan mineral seperti besi, kalsium dan fosforus.
- Ekstrak buah naga yang terkandung dalam Mary Kay Botanical Effects kaya dengan antioksidan untuk membantu melawan radikal bebas yang merosakkan   kulit
2. Aloe Vera
- Salah satu tumbuhan yang paling berkhasiat di dunia, gel aloe mengandungi lebih daripada 75 nutrien, termasuk 20 mineral dan 12 vitamin.
- Aloe vera juga membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi dan antioksidan yang popular dalam penjagaan kulit.
- Aloe juga ditunjukkan untuk menggalakkan kulit yang sihat dan perolehan sel.
- Ekstrak aloe dalam Mary Kay Botanical Effects memberikan kulit tambahan antioksidan.
Cara Penggunaan Mary Kay Botanical Effects :
Pagi :                                         Malam :

- Gel Cleanser                                    - 
Gel Cleanser
- Toner                                                 - 
Toner
- Moisturizer                                       - 
Moisturizer
- Moisturizer SPF 30                         - Pakai Exfoliating Scrub pagi atau malam
                                                                selepas
 Gel Cleanser 2-3 kali seminggu
Harga Mary Kay Botanical Effects :

        Botanical Effects Gel Cleanser RM 75  - 127g
Botanical Effects Exfoliating Scrub RM 75  - 88ml
Botanical Effects Toner RM 75  - 147ml
Botanical Effects Moisturizer RM 85  - 85g
Botanical Effects Moisturizer SPF 30 RM 65  - 50ml

Review Mary Kay Botanical Effects :
First impression Aten mengenai Mary Kay Botanical Effects ialahhhh packaging yang digunakan sangat soft dan cantik! Gabungan warna hijau dan pink tersangatlah sesuai. Tengok botol-botol Mary Kay Botanical Effects je pun dah rasa fresh gituu. Hehehe. Bila sampai je parcel dari Mary Kay, bukak je kotak tu terus bau wangi meresap dalam hidung. Wangi yang soft. Rasanya kalau ada sabun mandi yang ada bau gini, mesti Aten beli. Hehhehe. Percaya atau tidak, sebulan ni Aten busy sangat sebab nak prepare majlis kawen Aten. Memang takde masa nak jaga kulit muka, makeup pun takk. Just tepek bedak je. Lepastu ke sana ke sini untuk deal dengan orang yang handle majlis Aten. Nasib baik ada, set penjagaan muka Mary Kay Botanical Effects ni tau. Hanya dengan 5 langkah mudah, Alhamdulillahhh kulit muka Aten terjaga. Tekstur Mary Kay Botanical Effects sangat lembut dan wangi dan yang paling penting tak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit Aten. Paling suka Aten pakai ialah Botanical Effects Moisturizer SPF30. Melembap dan melindungi kulit Aten dari cahaya matahari. Best sangat! 

Cara untuk mendapatkan Mary Kay Botanical Effects :
Mary Kay Botanical Effects boleh didapati secara eksklusif melalui perunding kecantikan bebas Mary Kay korang dari 1 November 2016. Untuk mencari seorang perunding kecantikan bebas, hubungi 03-7711 7500 atau layari www.marykay.com.my

Untuk maklumat lanjut, jom follow media sosial Mary Kay :

Post a Comment

0 Comments