Kekal Bertenaga dengan Taurus Energy Drink

Hi korang!
Dah petang gini tenaga korang masih maintain ke dah makin berkurang?
Kalau Aten, mestilah bertenaga lagi. Nak tau tips Aten kekal bertenaga? Baca entry bawah ni sampai habis tau!

Haritu rakan blogger telah menyertai aktiviti Laser Tag di Berjaya Times Square anjuran Taurus Energy Drink. Engkorang pernah dengar ke dengan TAURUS Energy Drink? 
Sesi memperkenalkan Taurus Energy Drink kepada rakan blogger oleh CEO TAURUS Energy Drink sendiri. Wahhh hebattt CEO turun padang jumpa rakan blogger. Rasa dihargai sangat! :D
Makanan kat atas ni pulak dibuat oleh wife CEO TAURUS Energy Drink. OMG bestnyaaaaa! Rugi betul Aten tak datang. Wuwuwuuw T.T
TAURUS Energy Drink adalah minuman berkarbonat yang dirumus khas untuk memberikan tenaga untuk semua orang. Bukan sahaja untuk menambahkan tenaga tapi mampu membuatkan kita sentiasa kekal fokus dengan apa jua kerja yang kita lakukan.

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan, nama minuman macam produk luar negara, halal ke?
Korang jangan risau, TAURUS Energy Drink  telah disahkan halal oleh Jakim Malaysia. Ni ada rujukan: JAKIM / (S) / (22.00) / 492/2 / 1004-06 / 2014. TAURUS Energy Drink merupakan buatan Malaysia dan mengandungi Carbonated Water, Sucrose, Dextrose, Citric Acid, Taurine, Caffeine, Inositol, Vitamins (B3, B6), Other Color (E102, E110), E211, E202.

TAURUS Energy Drink tidak sesuai untuk diminum oleh wanita mengandung dan breastfeeding. Tidak sesuai juga untuk mereka yang berumur di bawah 16, yang mempunyai alergi terhadap kafein dan pesakit kardiovaskular. TAURUS Energy Drink juga tidak digalakkan untuk minum lebih daripada dua tin sehari!
Sekitar aktiviti Laser Tag dijalankan :D
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan semuanya masih kekal bertenaga selepas minum TAURUS Energy Drink walaupun setelah bermain laser tag. Sememangnya TAURUS Energy Drink membantu kitorang kekal bertenaga dan fokus. Terima kasih TAURUS Energy Drink! 

Untuk maklumat lanjut mengenai TAURUS Energy Drink :
Instagram : @mytaurused
Facebook : Taurus Energy Drink
Website : www.taurusED.com

Post a Comment

0 Comments