Tasha Manshahar Mini Concert with Himalaya Malaysia @ IOI City Mall, Putrajaya


Hi korang ! Buat apa tuuu? Hehehe

Haritu kan Aten ada pergi ke Mini Concert Tasha Manshahar di IOI City Mall Putrajaya. Ni merupakan  mini konsert terakhir Tasha Manshahar bersama Himalaya untuk tahun 2016. Wahhh sedar tak sedar dah nak habis ye tahun 2016. Phewww~

So, entry kali ni Aten nak cerita serba sedikit mengenai Himalaya. Rasanya ramai yang tahu mengenai Himalaya tapi takpe, Aten nak cerita lagi bagi korang lagi paham dengan Himalaya.
Mengenai Himalaya Malaysia
Himalaya menggunakan Ayurveda untuk penghasilan produk mereka. Ayurveda merupakan perubatan tradisional India yang dipercayai wujud lebih 6,000 tahun dahulu. Menggabungkan sains dan falsafah yang merangkumi keseimbangan fizikal, mental dan spiritual, ia diperlukan untuk kesihatan melalui cara hidup, perubatan dalaman dan rawatan luaran. Elemen penting dalam rejim pembersihan luaran itu yang juga merupakan sistem perubatan kuno ialah herba yang digunakan untuk membersih, melembut dan melindungi tubuh. Menyedari manfaat dan kebaikan herba, pada tahun 1930 dengan mengekalkan konsep ayurveda, M. Manal, merupakan individu dari India yang bertanggungjawab mengetengahkan produk berasaskan herba di pasaran. Bagaimanapun, sejajar dengan kemajuan sains dan perkembangan teknologi, Manal menggunakan sains moden dalam pembangunan produk-produk herba tersebut. Bermula dari itulah, rangkaian produk penjagaan diri dan kesihatan berasaskan herba telah dilabelkan di bawah jenama Himalaya dan dikeluarkan oleh syarikat The Himalaya Drug. Hari ini, setelah 82 tahun, siapa sangka dengan hanya satu produk herba sahaja, kini ia telah bertapak di 65 buah negara seluruh dunia termasuk Eropah dan Amerika Syarikat dengan ibu pejabatnya di Makali, Bangalore, India.
Secara umumnya, Himalaya menawarkan rangkaian produk herba bagi kegunaan seluruh badan untuk seisi keluarga. Percaya atau tidak, setakat ini, Himalaya mempunyai lebih 200 produk yang terdiri daripada penjagaan diri sehinggalah kepada barangan penjagaan bayi. Herba-herba yang digunakan dalam produk Himalaya diambil khas dari kaki gunung Himalaya di India dan ladang-ladang eksklusif yang diusahakan oleh petani-petani tempatan.  Produk Himalaya adalah 100 peratus menggunakan herba asli semula jadi yang diperoleh daripada pokok-pokok tanaman kami sendiri dan dijamin bermutu serta berkualiti tinggi.  Hebat kan?
So, sempena tahun baru yang bakal tiba ni, jom kita semua satu keluarga bertukar ke Himalaya! Himalaya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai teman rapat setiap hari kerana Himalaya menghasilkan produk yang lengkap dari hujung kepala sampai lah ke kaki. Penjagaan muka, penjagaan tubuh badan, penjagaan rambut, penjagaan gigi dan penjagaan kesihatan dalaman dan luaran semuanya ada. Yang paling penting, harga Himalaya sangat berpatutan dengan manfaat yang kita terima. Hehehe. Tasha Manshahar dah tukar ke Himalaya, Aten pun dah tukar ke Himalaya. So, korang bila lagi? 

Review  Himalaya Nourishing Skin Cream 
Siapa kat sini yang ada masalah kulit kering? Kalau korang ada masalah kulit kering, korang berada di website yang betul! Aten dah cuba Nourishing Skin Cream ni dah hampir 6 bulan. Staff Himalaya di butik Himalaya yang suggestkan Aten pakai cream ni sebab dia boleh tau kulit Aten jenis yang macam mana. Wahh hebakkkk! Nourishing Skin Cream ni kiranya macam moisturizer lah, pelembap muka. Pemakaian Nourishing Skin Cream ni sangat mudah. Selepas cuci muka, korang hanya perlu tepek je benda ni kat muka korang. Nourishing Skin Cream ni mengandungi Aloe Vera yang mempunyai fungsi terbaik untuk melembapkan kulit muka. So, memang akan berkesan! Selain itu, Nourishing Skin Cream ni non-greasy iaitu tidak berminyak dan mudah serap ke dalam kulit muka kita. Bukan je perempuan boleh guna tapi lelaki pun boleh guna tau. Kadang-kadang tu Aten tepek kat muka suami Aten sekali. Sama-sama jaga kecantikan luaran apa salahnya kan. So guys, apa tunggu lagi? Jom dapatkan barangan dari Himalaya!
Untuk maklumat lanjut, boleh terjah media sosial Himalaya :
HIMALAYA HERBALS
 Contact no : 03-7956 7012
IG : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/ #istartmydaywithhimalaya

Post a Comment

0 Comments