Review KL Seafood Market

Hi korang!
Pernah dengar restoran KL Seafood Market?
Restoran ni baru je bukak. Dalam 2-3 bulan gitu. Kalau nak tau apa yang best mengenai restoran ni, korang kena baca sampai habis. Aten berani kerat kuku jari kalau entry kali ni tak buat korang terliur. Hehehe.

First, Aten tunjuk kat korang tentang susun atur restoran KL Seafood Market, sememangnya simple tapi nampak class gituhh. 
Dapat bayangkan tak? Dapat kan kan kan? KL Seafood Market ni sangat mementingkan pelanggan mereka. Korang kalau nak buat kat tempat tertutup pun boleh. Ada 3 private room yang disediakan. Nak makan kat luar pun boleh. Seriouss kalau makan time pukul 6.30 petang gitu, korang dapat menikmati makanan korang dengan tengok langit yang sangat cantik. Ada bilik yang ada karaoke set weh! Hebatttt! Sambil makan sambil nyanyi sambil dengar muzik. Bestnya! Rasa nak pergi lagi je. Jom korang!
Tadaaaaaaa! Kat sini lah seafood yang dorang letak. Seronok sebab dapat tengok dekat-dekat. Hehehhe. Kat sini jugak lah first time tengok Ikan Patin. Paling teruja dapat tengok Spider Crab. Besar betul ! :O
Haritu kitorang makan di private room yang ada karaoke! Just WOW! Kaki karaoke macam Aten memang wajib ada kat dalam bilik ni. Sementara tunggu yang lain, Aten karoks la dulu. Yelahh dah lama tak karoks. Hukhuk. Sambil tunggu makanan pun karoks, tersangatlah best! Hehehe. Dah ready nak terliur tengok makanan yang ada? Aten yang tengah tulis entri ni pun dah terasa lapar bila nak upload gambar-gambar ni. Jom tengok!
Ketam Indonesia masak Krim Mentega
(Indonesia Crab Baked with Butter Creamy)
Price : From RM79
Ketam Indonesia masak Masam Pedas
(Indonesia Crab with Hot & Spicy Sauce)
Price : From RM79
Sotong masak Telur Masin
(Stir Fried Squid with Salted Egg)
Price : Small RM24 / Medium RM36 / Large RM48
Kai Lan 2 Rasa
(‘Kai Lan’ Two Variety)
Price : Small RM20 / Medium RM30 / Large RM40
Bihun Goreng Lala
(Stir-Fried Glass Noodle with Lala)
Price : Small RM20 / Medium RM30 / Large RM40
Ikan Tilapia Goreng Bersama Sos Belacan
(Deep Fried Tilapia with Belacann Sauce)
Price : From RM59
Nasi Goreng Petai Pedas & Udang
(Spicy Petai Fried Rice with Prawn)
Price : Small RM24 / Medium RM36 / Large RM48
Udang Harimau masak Mentega dan Serunding Telur
(Stir Fried Tiger Prawn with Butter & Egg Floss)
Price : From RM45
Ikan Bawal Steam bersama SosAsam
(Steam Pomfret with Assam Sauce)
Price : From RM79
Nasi Goreng “Chef Signature”
(Chef Singnature Fried Rice)
Price : Small RM40 / Medium RM60 / Large RM80

Portioning : Small  2-3pax / Medium 4-6pax / Large 8-10pax

Review KL Seafood Market :
Makanan laut ni sesuai kalau korang pergi ramai-ramai. Baru dapat jimat duit tapi dapat makanan yang paling best. Dalam banyak-banyak makanan kat atas, Aten paling suka Ketam Indonesia masak Masam Pedas dengan Nasi Goreng Petai Pedas & Udang . Kailan 2 rasa tu korang kena cuba! Lain daripada yang lain. Ikan Bawal Steam pun sedap! Siap ratah sampai habis sebab sedap. Kalau korang jenis suka makan yang creamy-creamy boleh try Ketam Indonesia masak Krim Mentaga. Sedao jugak! Tapi Aten lagi prefer masakan pedas. Yelaa tekak melayu kan. Hhehehe. Semua makanan laut yang disediakan pun sangat fresh dan manis. Yang penting isi ketam tu banyak dan lembut. Bukan dalam kosong okayy. Semua staff yang bekerja kat situ pun sangat membantu dan friendly. KL Seafood Market ni sesuai untuk korang buat gathering ke, celebrate birthday ke, meeting ke, event ke. Kemudahan yang disediakan sangat tiptop! 
Terima kasih KL Seafood Market jemput kitorang. Muah ciked :*

Untuk maklumat lanjut, boleh refer bawah ni : 
KL Seafood Market
Alamat : 
Jalan Tanglin, Taman Tasik Perdana, 50480 KL.
Waze : KL Seafood Market
Contact : 03-2276 0066 
Operation hour : 11:00AM - 3:00PM, 6:00PM - 10:00PM

Post a Comment

0 Comments