Lee Kwang Soo in Malaysia!

Harini telah berlangsungnya Runningman Challenge Hydrated By 100Plus. Dengan mengandingkan gaya hidup yang aktif dan juga keseronokan dalam menjalankan aktiviti harian, 100 Plus membawakan korang program hiburan popular Korea yang paling mengemparkan ke Malaysia iaitu RUNNINGMAN CHALLENGE HYDRATED BY 100PLUS

Ujibakat dalam memilih peserta telah diadakan di Kuantan, Putrajaya dan Johor Bahru sejak bulan Oktober yang lepas di mana 10 peserta terbaik telah dipilih melalui sesi ujibakat yang menyaksikan persaingan sengit antara peserta-peserta dari segi mental & fizikal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir program RUNNINGMAN CHALLENGE HYDRATED BY 100PLUS bersama ONE HD.

Peserta-peserta yang bakal berentap dan diketuai oleh selebriti yang terkenal iaitu - Pelawak Ajak Shiro menerusi "Team Original" , Ayda Jebat pula memaparkan kuasa wanitanya menerusi "Team Berry". Manakala Hairul Azreen pula beraksi bersama "Team Orange" dan pelakon popular Saharul Ridzwan mengetuai "Team Lemon Lime".

Yang membuatkan aktiviti harini menarik ialah juara cabaran akan berentap dengan penampilan tetamu khas dari program Runningman itu sendiri iaitu Lee Kwang Soo atau lebih dikenali dengan Asia Prince dan Giraffe.

Acara ini akan direkod oleh Astro dan bakal disiarkan di saluran ONE HD - saluran ASTRO 393 pada 1hb Januari 2017, jam 4.45 petang sebagai episod Runningman Challenge yang pertama di Malaysia.
Seawal 10 pagi, semua peminat Lee Kwang Soo telah berkumpul di Paradigm Mall untuk menyaksikan artis Korea kesayangan mereka berentap di Runningman Challenge. Aten sampai je pukul 3 tadi, Aten sangat terkejut, teruja dan just WOW dengan kehadiran mereka-mereka. Demi artis kesayangan dorang, sanggup tunggu dari pagi. OMG! The crowd was crazyyyy. Sambil jerit nama Lee Kwang Soo. Hebatttt dorang ni.
Security yang menjaga Lee Kwang Soo tersangatlah ketat! Fuhhh naseb baik je ada pas media, kalau tak, memang tak dapat gambar dekat-dekat gini. Gambar ni diambil apabila Lee Kwang Soo tiba di Paradigm Mall.
Lee Kwang Soo Press Conference dan sesi bergambar
From Left : Graham Lim, Vice President of Brand Marketing Malaysia, Lee Chee Kar, LEE KWANG SOO, Ng Boon Siew, Leong Wai Yin, Sharon Tan Yi Mei (100PLUS Brand Team)
Sesi Meet & Greet bersama dengan peminat Lee Kwang Soo
Ehemmm, wajiblah kan bergambar dengan dia. Susah woii nak ambik gambar dengan dia. Dengan security lagi, nak melayan fans dia. Aten memang tabik spring dekat dia. Sentiasa tersenyum dan cuba terbaik untuk menggembirakan peminat beliau. OMG I'm in loveeeee! Tu sebab dia dikenali sebagai Prince Of Asia sebab dia ada peminat yang sangat banyak dari Asia.Wahhh! Orang Asia suka la lelaki tinggi2 ye dok? Hehhehehe. Bayangkan ketinggian Lee Kwang Soo 190cm. OMG beza 40cm dari Aten. Hahaha. Dengan ketinggian beliau, orang memanggil dia Giraffe atau zirafah. Yela, zirafah kan tinggi. Hahaha. 

Nak komen 1 insiden yang tak sedap mata memandang yang berlaku tadi dimana Ayda Jebat nak berselfie dengan Lee Kwang Soo dan artis yang lain, tetapi tiba-tiba security merampas handphone Ayda Jebat. Hmmmm rasanya security tu boleh cakap elok-elok kot. Last-last, Lee Kwang Soo ambik balik phone Ayda Jebat dan selfie. Awhhhhh kenapa sweet sangat ni Lee Kwang Soo. Memang seminggu lah tak boleh move on dengan gambar-gambar Lee Kwang Soo ni. Hehehe.
Thank you Zuan for the invitation. Walaupun event ni agak kelam kabut tapi memang sangat worth tunggu Lee Kwang Soo dan goodies bag best! Heehhe. Standard lah artis luar datang Malaysia, crowd memang tersangat banyak dan security ketat nak mampos. Banyak protokal. Kuikui. Apa-apa pun, Aten sangat happy dapat bergambar dengan Lee Kwang Soo. Sumpah tak pernah terbayang nak jumpa dia. Bila Zuan invite, terus RSVP! Lepas ni boleh lah invite lagi ye. Hehehehe
Nahhh dengar Lee Kwang Soo cakap terima kasih ni. Hehehe.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang 100Plus - www.100plus.com.my atau melalui laman media sosial @my100plus di Facebook, Instagram dan Twitter. Jangan lupa tonton episod terbaru Runningman di saluran ONE HD - saluran ASTRO 393. Episod baru Runningman bakal temui peminat seminggu selepas ia ditayangkan di Korea, setiap hari Jumaat pada jam 11 malam.

Post a Comment

0 Comments