Jom Join Symphony Life That 70's Run !

Seperti bak kata pepatah, "Kesihatan adalah Kekayaan", dan pada masa yang sama, Symphony Life Berhad telah merancang untuk menganjurkan karnival kesihatan yang menyeronokkan dipanggil, Symphony Life That '70s Run, yang berlokasi di BizWalk, Taman Tasik Prima, Puchong akan datang 15 Januari 2017 , pada jam 7:30 a.m.

Larian ini bertemakan retro (kembali ke 70-an) dan semua peserta digalakkan untuk berpakaian dari era itu untuk mengambil bahagian dalam larian. Terdapat juga 2 checkpoint untuk tarian sepanjang laluan 5km. Peserta dikehendaki untuk mengikuti beberapa pergerakan tarian  dari 70-an oleh tenaga pengajar tarian untuk mendapat pingat di penghabisan acara

Di garisan penamat, pesta mini akan diadakan untuk para peserta dan orang ramai. Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma dan gerai produk kesihatan yang berkaitan juga ada. Tak dilupakan ada booth menarik untuk kanak-kanak dan juga foodtruck disediakan. Wahhhhh *clap-clap*
Yuran pendaftaran bagi larian ini adalah RM70.00, dan pendaftaran ditutup pada 15 Disember 2016. Bayaran yang dikenakan ialah termasuk t-shirt, medal finisher, luckydraw, freebies, jamuan ringan dan lain-lain Terdapat juga diskaun RM10.00 bagi peserta yang mendaftar sebelum 30 November 2016. Untuk pendaftaran, sila layari https://www.runningevents.my/that70srun. Sila layari rasmi acara Facebook Page di www.fb.me/that70srun untuk maklumat terbaru mengenai larian ini.

Post a Comment

2 Comments