Hantar Barang Lebih Mudah Dengan SENDelivery

Hi guys! Happy weekend :D

Soooo, entry kali ni Aten nak share dengan korang tentang satu aplikasi yang sangat akan memudahkan hidup kita! Mesti korang frust kan kalau dah sampai tempat kerja lepastu check2 dokumen ada yang tertinggal lah, kasut favourite terlupa bawak lah. Mesti ada kan kan kan?
Pernah dengar SEND?
SEND merupakan satu platform penghantaran 'on-demand' terkini. SEND secara rasmi telah dilancarkan pada 25 Oktober 2016 melalui permohonan dalam talian. Dengan SEND, ia akan membantu penghantaran barang-barang dengan mudah dan masa dapat dikurangkan. 
Acara ini juga Mengumumkan Jorge Lorenzo, Juara Dunia MotoGP 3 kali, sebagai rakan kongsi perniagaan mereka dan Duta Jenama Global SEND.
SEND boleh didapati dan di muat turun dengan menggunakan smartphone korang tak kira IOS ataupun Android. Basically, dengan aplikasi ni, korang boleh mengambil barang korang yang tertinggal tanpa korang patah balik. Hanya request di dalam SEND, SENDer yang berdekatan akan membantu korang untuk menghantar barang korang, Selain itu, kalau korang takde masa nak hantar barang kat sesiapa, lepas ni korang tak perlu risau dah. Hanya request sahaja di aplikasi SEND then barang akan selamat dihantar oleh SENDer. Korang tak perlu risau dengan barang tak sampai kerana di HQ SEND, terdapat GPS yang dapat detect korang punya SENDer. Korang pun boleh tengok SENDer korang dah dekat mana. Di HQ SEND, SENDer jugak dipantau kerana ada orang yang akan menjaga pergerakan mereka dan mereka semua diberi latihan dahulu sebelum boleh menjadi SENDer. So, jangan risau okay?

SEND memberikan kemudahan serba boleh daripada pelbagai aspek. Contohnya, barang yang dihantar boleh menggunakan kenderaan seperti basikal, motosikal, kereta, van, dan lori mengikut permintaan korang. SEND membolehkan korang untuk melibatkan penghantaran secara besar-besaran: seperti perabot bergerak dan menyampaikan produk dalam kuantiti yang tinggi. So, kalau korang nak pindah rumah ke apa, request je dekat aplikasi SEND, tak perlu dah susah2 carik lori sewa. Mudah kan?
Harga pun berpatutan mengikut jarak penghantaran barang.
Nak jana income dengan SEND
Yessss! you can! Sememangnya kita digalakkan untuk melakukan banyak kerja kerana setiap tahun kos hidup makin meningkat. Memang mudah! 
Untuk maklumat lanjut, korang boleh terjah media sosial SEND

Customer Support Hotline: 
1700 81 5516
+6012 516 2799

Customer Service & Office Hours:
Monday to Friday 9.00am to 9.00pm   |   Saturday and Sunday 9.00am to 6.00pm
(except Selangor Public Holidays)

Support & Enquiry Email: 
support@sendelivery.com
support@send.com.my

Post a Comment

3 Comments

  1. weeee boleh hantar bunga dengan lebih mudah lepasni :P

    ReplyDelete
  2. Congratulations to SENDelivery for the launch. time to check it out

    ReplyDelete
  3. wao! such a friendly user new apps!

    ReplyDelete