#GegarVaganza | Elly Mazlein Tarik Diri kerana Terasa Hati dengan Datuk Ramli MS

Still lagi dengan terkejut dengan penyingkiran Elly Mazlein. Wuwuwu. Dah lah comel cantik, suara sedap pulak tu tapi minggu ke 4 dah terkeluar. Dah takde reason nak tengok Gegar Vaganza dah. Hukhuk

Sepatutnya minggu ni tiada penyingkiran tapi tiba-tiba Elly Mazlein tersingkir. Mana silapnya? Even Jihan Muse pun terkejut dengan penyingkiran Elly Mazlein.

Menurut Dato Seri Vida menerusi akaun Instagramnya, Elly membuat keputusan untuk menarik diri selepas terasa hati dengan komen Datuk Ramli MS terhadap dirinya. Elly tidak mendapat markah rendah pada malam tersebut.

Ayat yang membuatkan Elly terasa :-

"Tengoklah balas ehsan kami(juri) nanti macam mana"

Netizen pun semua tidak puas hati dengan penyingkiran yang berlaku. Mungkinkah Elly Mazlein akan diserap masuk semula ke Gegar Vaganza? Sama-sama kita nantikan~

Post a Comment

0 Comments