Bercuti Lebih Mudah dengan TouristGuide.com.my

Hi korang! 
Entry ni sangat penting dan sesuai untuk dibaca dan dihadam oleh semua lagi-lagi kaki travel! Kenapa? Haaaa, kat sini ada satu website yang baru dilancarkan yang boleh menyelesaikan segala masalah korang mengenai percutian korang.
Engkorang pernah dengar dengan TouristGuide.com.my?
Semalam Aten berkesempatan untuk ke pelancaran Tourist Guide di The Westin KL. TouristGuide.com.my merupakan satu online travel site. Rupa-rupanya Tourist Guide dah ada sejak 2011. Sepanjang 5 tahun beroperasi, TouristGuide.com.my telah membina hubungan yang sangat kukuh dengan syarikat penerbangan, hotel-hotel dan pengusaha pelancongan tempatan. Ini membolehkan TouristGuide.com.my menawarkan pelbagai jenis tawaran pelancongan dengan baik dengan harga termurah.
Pelancaran TouristGuide.com.my oleh  Akim Ahmad (Artis Malaysia), Mr. Azlan Hussain (Pengerusi Kuala Lumpur Tourism Association), Mr. Mohd Akbal Setia (Director Tourism Malaysia) dan Mr Devan Kumar (Managing Director TouristGuide)

Percaya atau tidak , TouristGuide.com.my merupakan sebuah laman web yang memberikan percutian percuma! Bukan itu sahaja, di laman web ini korang juga akan diberi harga durian runtuh yang jauh lebih murah berbanding laman web atau travel agency yang menawarkan pakej percutian. Dari tiket penerbangan, hotel, sampailah ke pakej-pakej yang menarik, semuanya dalam satu. TouristGuide.com.my akan membuatkan perjalanan yang lebih murah dan juga secara PERCUMA pada masa hadapan! Risau takde bajet? Kebimbangan pada bajet tidak lagi akan merosakkan impian kembara korang! Dengan adanya TouristGuide.com.my, ia menjadi platform untuk mencari hotel yang terbaik dan mampu milik, tawaran pelancongan diskaun besar, hebat dan memudahkan kepada semua pelancong.

Join now! Tiada yuran pendaftaran diperlukan. Daftar di TouristGuide.com.my untuk dapatkan mata (point) yang tidak terhad yang membantu travelers dengan tempahan hotel, tempahan penerbangan, perjalanan pakej dan perkhidmatan lain.

6 perkara yang korang perlu tahu mengenai TouristGuide.com.my :
1. Tempahan Hotel Lebih murah  daripada yang lain

TouristGuide.com.my telah menandatangani MOU dengan pemborong hotel untuk menyediakan perkhidmatan tempahan hotel di portal. Di TouristGuide.com.my, mereka mampu menampilkan kira-kira 75,000 bandar di seluruh dunia dan percaya atau tidak, mereka boleh menyediakan ia pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan pesaing utama kami.
2. Tempah Penerbangan, mendapat mata, menebus tiket secara percuma
Untuk tempahan penerbangan, TouristGuide.com.my masih bekerja dalam fasa rundingan dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia. Apabila ia dilakukan, mereka akan mengintegrasikan enjin tempahan penerbangan di laman web TouristGuide.com.my , di mana korang akan dapat untuk menempah penerbangan korang dan mendapat mata atau menggunakan mata (point) untuk menebus tiket penerbangan secara PERCUMA.
3. Tawaran Diskaun Percutian (Sehingga 75%)
TouristGuide.com.my akan menampilkan pakej impian dengan harga yang murah yang tak dapat korang bayangkan! 
4. Pangkalan Travellers
TouristGuide.com.my akan mewujudkan pangkalan data pelancong. Sasaran mereka adalah 10,000 pelancong dari Malaysia sebelum mereka berkembang ke negara-negara lain. Dengan pangkalan data yang luas pelancong, mereka akan mempunyai kelebihan untuk tawar-menawar harga pakej dan mendapatkan kadar diskaun.
5. Hubungkan Semua Travellers di Dalam Satu Network
TouristGuide.com.my akan mewujudkan satu rangkaian pelancong dan menyambung setiap pelancong kepada 3000++ pelancong lain supaya mereka boleh mendapat mata apabila orang lain dalam perjalanan untuk bercuti. Perkara ini boleh digunakan untuk menebus untuk bercuti secara percuma.
6. Bukan MLM dan Tiada Yuran Keahlian
Ini mungkin bunyi seperti MLM tetapi ia tidak. Ia adalah PERCUMA untuk menyertai rangkaian, tiada yuran keahlian, tidak perlu untuk memperkenalkan orang dan lain-lain Hanya perkara yang mereka pakai di sini adalah rangkaian atau hierarki. Sistem secara automatik akan meletakkan semua pelancong dalam rangkaian.
Ni antara pakej percutian yang tengah sale! Perghhhh harga murah teruk! Mohon TouristGuide.com.my sponsor honeymoon Aten. Minggu depan Aten nak kawen dah.So, kalau dapat sponsor pergi Maldives cukup lah. Memang promote habis-habisan TouristGuide.com.my. Hehehe
Take note bawah ni guys!
Promotion Period: Now till 30th November 2016
Travel Period: 1st April 2017 – 31st March 2018 (except public holiday)

Untuk maklumat lanjut :
INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A,
Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
 Selangor Darul Ehsan
Toll Free : 1800 38 3338
Office Hours: 9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri)
Email : contact@touristguide.com.my

Post a Comment

1 Comments

  1. warghhh! rasaa nak travel terus.. mujur bajet je tak de.. hihihi..
    plan utk honeymoon aten.. :D

    ReplyDelete