Tarikan Pelancong dan Hotel di Terengganu

Kenapa kita perlu melawat Kuala Terengganu? Mesti korang tertanya-tanya kan kalau nak makan angin ke Kuala Terengganu, nak visit mana eh? Terengganu kan besar. Mesti ramai yang krik krik kalau tak buat research dulu. Haa meh baca entry ni sampai habis so that holiday korang ke Kuala Terengganu akan terasa lebih bermakna dan bermanfaat.
Bila sebut Terengganu, apa yang akan terlintas kat fikiran korang? Kalau Aten, mesti lah laut-laut yang ada kat Terengganu ni. Yelaaa, kat KL mana ada laut, laut kat PD tu pun biasa-biasa je. Hukhuk. Sooo, dalam banyak-banyak pantai yang ada dekat Terengganu, Aten suggest korang untuk pergi visit Pantai Teluk Ketapang. Pergi pulak masa air baru nak pasang dan angin tiup mendayu-dayu tu, sambil menikmati suasana matahari terbenam yang sangat cantik dan tiupan angin yang mendamaikan. Seronoknya! Bukan itu aje, korang boleh try makanan-makanan yang dijual di gerai-gerai sepanjang persisiran pantai tersebut. Antara makanan yang ada adalah; keropok lekor dan keropok losong, laksa, air kelapa dan pelbagai lagi. Pemandangan yang cantik ni pasti membuatkan korang rasa nak ambil gambar buat kenang-kenangan banyak-banyak! Homestay Kuala Terengganu kat sekitar kawasan ni pun banyak :D
Tarikan pelancong yang seterusnya ialah Muzium Negeri Terengganu. Kenapa korang perlu melawat Muzium Negeri Terengganu ni? Kalau korang nak tau, Muzium Negeri Terengganu ni adalah muzium terbesar di Asia Tenggara. So, secara peribadi Aten rasa yang kalau kehebatan di tanah air sendiri kita pun kita tak lawat dan tak teruja, tersangatlah rugi kita. Tourists datang jauh-jauh pun datang nak melawat muzium ni apatah lagi kita. Dah jatuh hukum wajib melawat kot. Especially yang ada bawa anak-anak. Sambil melancong dapat juga tambah pengetahuan am tentang negara kita ni. Banyak sangat pengetahuan dan ilmu yang boleh kita ketahui dengan melawat Muzium Terengganu ni. Kalau korang nak cari tempat penginapan kat sini pun okay. Banyak hotel Kuala Terengganu yang boleh dijumpai kat area ni. 
 Taman Tamadun Islam
Masjid Kristal
Selain itu, kalau ke Terengganu yang ramai orang akan datang ialah Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Taman Tamadun Islam yang dibina dengan konsep islamik. Kepada masyarakat muslim, korang boleh menunaikan solat di Masjid Kristal. Binaan taman dan masjid ini sangat cantik sehingga menarik pengunjung daripada pelbagai agama dan negara datang untuk bergambar di tempat ni. Terletak tak jauh daripada pusat bandar Terengganu, tempat ni juga amat popular dalam kalangan murid-murid sekolah yang gemar membuat lawatan ke sini. Selain mempunyai banyak informasi mengenai sejarah ketamadunan Islam, salah satu faktor ia menjadi tarikan pelancong ialah lokasinya yang terletak berhampiran dengan beberapa hotel di Terengganu yang popular. 
 Salah satu tempat penginapan yang best di sini ialah Primula Beach Resort yang terletak di Kuala Terengganu. Resort yang dibina mengadap ke Laut Cina Selatan ini terkenal dengan pemandangan pantai yang sangat mengasyikkan dan cantik. Selain layanan yang sangat memuaskan, Primula Beach Resort juga mengutamakan keselesaan pengunjungnya dengan menyediakan pilihan bilik yang pelbagai dan sempurna. Selain tu, terdapat dewan dan bilik mesyuarat yang sangat ideal untuk korang berhajat nak buat any function kat sini. Ratenya pun masih berpatutan lagi. Kalau korang nak spend masa untuk beriadah, korang boleh pergi swimming pool, gymnasium. Takpun, lakukan aktiviti di tepi pantai kat sini. Lagi best! Hehehe
Negeri yang sangat terkenal dengan kepelbagaian makanan ni sememangnya tak pernah mengecewakan semua. Kalau korang tak percaya, korang wajib datangPasar Payang. Kat sana, korang boleh cuba try laksa terengganu, nasi dagang, satar, keropok lekor dan macam-macam lagi lah. Snek-snek yang dihasilkan oleh penduduk setempat pun banyak dijual di sini. Haa, korang bukan je boleh shopping, tapi korang boleh penuhkan tangki perut sekali! :p Bukan makanan je ada tau, Pasar Payang ni ada juga menjual macam-macam jenis kain, macam kain batik, songket, tudung dan kain pasang untuk dibuat baju. Senang cerita, pasar ni merupakan tempat wajib dikunjugi kalau korang datang ke Terengganu. Kalau nak memudahkan lagi perjalanan percutian korang apa kata korang klik link ni, https://www.traveloka.com/en-my/ untuk tempah bilik pada rate yang paling best dan awesome. Dah nak cuti sekolah ni gais, rancang perjalanan percutian korang sebaiknya ya! Happy holiday :D

0 comment... add one now