Kenny Roger Roasters Absolutely Sambalicious

Hi aucakkkk!
Cuba tengok gambar kat atas tu cuba teka kitorang kat mana?
Tengok makanan tengok air pun dah tau kan kan kan :p

Haritu Aten dan rakan blogger lain berkesempatan ke Kenny Roger Roasters Berjaya Time Square untuk mencuba menu terbaru dari KRR iaitu Absolutely Sambalicious. Nama pun Sambalicious kan, sooooo yang pasti mesti ada sambal lah. Yumsss! Yela orang Malaysia dan pedas memang tak boleh dipisahkan termasuklah Aten. Hehehe.
Soooo, apa yang terbaru dari KRR?
Semestinya Absolutely Sambalicious!
Absolutely Sambalicious ada dua iaitu Sambalicious Soup Meal dan juga Sambalicious Chicken Meal. Kira kalau nak dating dengan girlfriend boyfriend suami isteri, haaaa boleh lah cuba Absolutely Sambalicious. RM29 je. Berbaloi-baloi semuanya ada. Confirm kenyang punya lah. Hahaha.
Ayam quarter tak cukup? Jangan risau. Korang hanya perlu tambah RM5 untuk upgrade size tu jadi half. Haaaa, so korang tak perlu risau dah. Mesti kenyang punya!
Haaa, tengok seorang Aten makan. Memandangkan Aten ni seorang penggemar ayam, memang wajib lah ayam Aten jenis yang berisi punya. Memang dah tahan perut tak makan tengahari sebab nak makan Absolutely Sambalicious yang absolutely sedap! Terliur tak? :p
Ni ada side dish yang terbaru dari KRR. Spicy Golden Rice ataupun dalam bahasa mudah, nasi goreng. Hehehhe. Potato Salad yang tersangatlah sedap weiii ! Rugi kalau korang tak cuba :D
Terima kasih KRR bagi kad KRR. Aten dah ada 4 kad macam ni. Tazzabar nak pergi makan Absolutely Sambalicious lagi! Jom lah pergi sekali korang :D hehhe

Untuk maklumat lanjut, boleh refer dorang punya social media :

Post a Comment

0 Comments