Movie Review | Train to Busan (2016)

Sinopsis Train to Busan :
Seorang lelaki (Gong Yoo), anak perempuan beliau dan penumpang lain terperangkap di dalam keretapi yang mempunyai wabak zombie di South Korea dan mereka berusaha untuk menyelamatkan diri daripada wabak zombie yang dihadapi.

Trailer Train to Busan :
Review Train to Busan :
Percayalahhhh Aten memang tak suka tengok cerita-cerita camni. Zombie lah hantu lah. Yelah. Terkejut badan bila kena sergah walaupun dalam screen. Dengan sound system yang kuat, confirm boleh pengsan. Tapi atas desakan En. Tunang Feeq , Aten pun gagahkan diri tengok. Dia belanja so tak kisah sangat. Hahahha. Aten check kat apps TGV kat phone, fuhhhh 2 jam kot. Mampos2. Tapi bila start tengok tu, cerita tu jadi best. Walaupun yang mula-mula jalan cerita dia slow, lama-lama cerita tu jadi menarik. Cerita ni jadi best bila ada seorang staff keretapi yang terjumpa satu manusia yang telah dijangkiti dengan virus zombie. Start dari situ, memang tak senang duduk lah seorang Aten. Mana tak neves bila kau dalam satu train dengan zombie dan keretapi tak boleh diberhentikan atas keselamatan. Dengan background music yang dibuat, dengan aksi zombie yang gerak bapak laju nak gigit manusia lain, fuhhhhh terus rasa hilang nak g toilet ke apa. Hahaha. Train to Busan ni pandai mainkan perasaan penonton. Daripadalah kau nervous kena kejar dengan zombie, marah dengan seorang lelaki yang selfish nak diri dia selamat, kesian dengan pembawa train yang sanggup turun selamatkan lelaki selfish tu, sedih bila bapa yang dia sayang digigit oleh zombie ketika cuba selamatkan dia. Wuwuwuwuuw sedih T.T seorang Aten hanya sebak kerana cuba untuk gagahkan diri untuk tidak menangis sebab tengok kat wayang. Kalau tengok kat rumah sorang2, memang banjir dah. Hukhuk. Konklusinya, korang wajib tengok Train to Busan yang berdurasi 2 jam ni. Ni pun Aten tazzabar nak download kat Internet dan nak tengok lagi. Worth every penny of your money guys! Take a break and watch. No regret at all !  

Post a Comment

0 Comments