Movie Review | Mechanic : Resurrection (2016)

Sinopsis Mechanic : Resurrection
Hitman Arthur Bishop (Jason Statham) terpaksa keluar dari persaraan dan melakukan tiga pembunuhan sukar dalam usaha untuk menyelamatkan kekasih beliau yang diculik (Jessica Alba). Bahagian yang paling sukar: Dia mesti membuat semua pembunuhan kelihatan seperti kemalangan.

Trailer Mechanic : Resurrection

Review | Mechanic : Resurrection (2016)
Cerita yang Aten paling tunggu ! Daripada bulan lepas lagi aim nak tengok cerita ni sebab trailer dia sangat menarik. Kena bunuh orang tapi kena nampak macam kemalangan yang berlaku. Faktor yang lain mesti lah hero cerita ni, Jason Statham yang sangat macho dan sado. Dengan segala aksi yang dia buat, melting woi. Hahaha. Heroin Jessica Alba pun cantik. Perfect! Cerita ni berlaku di banyak tempat. Contohnya, kat Penang dan Kedah. Hahahha. Terkejut gila bila pelakon tu cakap kena bunuh orang kat Malaysia. Rasa macam amazed gila bila English movie ada polis Malaysia yang cakap Melayu. Hahahahah. 
Ni part yang bagi Aten awesome gila. Pecahkan pool tu then hilang. Hebakkkk! Tak pernah terlintas kot nak buat scene gini. Memang tak boleh jadi director ke producer ke. Background music semua okay. Cinematography pun best. Cuma jalan cerita ni quite slow sikit. Yang lain semua okay. Aten bagi 9 bintang dari 10 bintang. Rasa macam nak tengok lagi je. Hahahha. Korang mohon pergi tengok okay :D

0 comment... add one now