Fakta yang Korang Tak Tahu Mengenai Jantung!

"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"
Penyakit jantung? Sape je yang tak takut bila dengar tentang penyakit jantung. Seperti kita sedia maklum, penyakit jantung merupakan salah satu penyakit yang boleh membawa maut. Kadang-kadang waktu kita tidur pun serangan jantung boleh terjadi dan mati.  
Mesti korang ingat penyakit jantung hanya terjadi kepada golongan warga emas kan? So, yang muda-muda ni boleh enjoy makan puas-puas. Betul tak? Percaya lah, Aten pun berfikiran gitu. Muda lagi. Baru 20-an, makan je makanan apa yang ada. Satu hari tu Aten terbaca satu artikel yang membuatkan Aten sentap lah. Dalam artikel tu tertulis walaupun umur kita 30-an tak semestinya organ dalaman kita seperti umur 30-an. Kajian membuktikan bahawa orang yang berumur 30-an cenderung untuk mempunyai arteri darah seperti orang tua yang berumur 70-an. Ini adalah kerana gaya hidup seharian kita yang tak seimbang! Melantak bukan main banyak tapi senaman tak buat. Sangat sedih dengan trend orang sekarang yang tak mementingkan kesihatan pada waktu muda. Sepatutnya waktu usia muda lah kita kena jaga kesihatan kita. So that, bila dah tua nanti sihat dan kuat lagi.

Haaaa, sape sekarang rasa diri dia tak sihat? Makan macam-macam tapi tak exercise regularly? Mesti risau kan dengan  jantung kita? Soooo, Aten seru korang untuk exercise tak kira dimana korang berada. Kat ofis? Kalau setakat naik satu dua tingkat tu, tak perlu la guna escalator. Guna tangga. Lagi cepat dan menyihatkan. Dekat rumah lagi lah senang kan. Lagi best kalau korang ada masa untuk ke taman untuk beriadah. Untung sangat! 
Kebetulan, Nestle Omega Plus bakal melancarkan satu aktiviti berjalan kaki pada Sabtu 3 September 2016 akan melihat rakyat Malaysia pelbagai lapisan umur berkumpul di Lake Gardens (Taman Botani Perdana) untuk acara Walk-A-Mile, berjalan kaki terpanjang di Malaysia bagi menyokong kesedaran rakyat Malaysia tentang kesihatan jantung, yang dianjurkan bersama oleh Nestlé Omega Plus dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM).
Aten dah daftar tau Walk-A-Mile ni. Yela sejak intern ni susah nak beriadah. Kalau ada peluang, memang Aten grab terus. Korang nak join? Boleh daftar   di https://mro.myraceonline.com/wohd16/registrations . 
Nahh, Aten share dengan korang tips untuk menjadikan jantung kita sentiasa sihat  : 
  • Lakukan aktiviti fizikal setiap hari - Gabungan aktiviti sederhana dan aktiviti berat tiga puluh minit sehari, lima kali seminggu. Apa-apa sahaja yang membuatkan badan kita bergerak dan membakar kalori dianggap aktiviti fizikal. Berjalan lebih adalah cara yang baik untuk meningkatkan kesihatan jantung.
  • Pemeriksaan kesihatan - Walaupun kita sihat, check je kesihatan kita. Kadang-kadang luaran nampak macam sihat, tapi bila check kat doktor, kolestrol tinggi lah, darah tinggi lah. So, setahun buat la 2 pemeriksaan kesihatan. Tanya mengenai tekanan darah, kolesterol, kadar jantung, glukosa darah dan berat badan kita. Wajib tau semua ni so that kita boleh maintainkan untuk pemeriksaan yang seterusnya.
  • Makan makanan seimbang - Haaa, kalau makan tu, isi separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan lupa minum susu jugak. Banyak khasiat. Contoh susu Nestle Omega Plus. Minum 2 gelas sehari pun dah memadai macam yang Aten selalu buat. Hehehe. Sesuai untuk mengawal kolestrol dalam badan kita :D
"Jantung sihat, badan cergas!"

Post a Comment

2 Comments

  1. Skrg bnyk dgr mati mengejut....selaunya masalah jantung la...huhu takut

    ReplyDelete
  2. Absolutely.... we have to take care of our heart and health while we can....

    ReplyDelete