Baik Buruk Pokemon Go #PokemonGo

Salam Jumaat gais!
Haaa, meh baca apa yang Aten bebel mengenai Pokemon Go ni. 

Pokemon Go? Ce bagitau Aten sape je yang taktau. Rasa satu dunia tau  kot mengenai permainan genre augmented reality (AR) yang dibangunkan oleh Niantic Labs. Permainan ni menggunakan platform peranti Android dan iOS. Popular sangat sampai mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia. Fuhhhh!

Sejak dilancarkan 6 Julai lepas, lebih 75 juta orang download aplikasi Pokemon Go ni. Baru sebulan lebih dah berjuta-juta orang download. Memang kuat betul pengaruh Pokemon Go. Tak kira tua ke muda ke, dorang sangat teruja dengan kemunculan Pokemon Go. Mostly Aten tengok lelaki la yang banyak main. Aten? Hmmmm setakat ni tak berminat lagi nak bermain Pokemon Go. Ada sebab tau. Bukan saja2 taknak main. Kuikui

Cara bermain Pokemon Go ni memerlukan kita untuk berjalan, merantau ke semua tempat kalau nak carik Pokemon. Yang kaki jalan memang syok la mencari Pokemon kan. Kalau macam Aten, pergi kerja balik kerja pergi kerja balik kerja, mana lah dapat kan Pokemon. Tu sebab Aten decide taknak main Pokemon Go sebab nanti stress je Pokemon tak banyak-banyak. Hahahaha
Antara faktor yang menyebabkan permainan tersebut mencetuskan fenomena luar biasa ialah ia berasaskan alam realiti yang menggabungkan benda maya atau augmented reality (AR) dan menggalakkan aktiviti fizikal.Selepas mendaftarkan akaun permainan, pemain mencipta avatar dengan memilih warna rambut, kulit dan mata, gaya serta pakaian. Apabila avatar telah dihasilkan, ia dipaparkan pada lokasi semasa pemain bersama dengan peta kawasan sekeliling. Antara aspek yang ada dalam permainan itu ialah Pokestop dan Pokemon Gym. Pokestop menyediakan barang seperti telur, Poke Ball, ubat dan umpan yang boleh menarik Pokemon liar. Pokemon Gym pula berfungsi sebagai lokasi pertarungan. Apabila pemain bergerak di dunia sebenar, avatar mereka turut bergerak dalam peta permainan. Spesis Pokemon juga didapati di lokasi yang berbeza. Sebagai contoh, Pokemon air biasanya ditemukan di kawasan berair seperti tasik.

Baik Buruk Pokemon Go
Walaupun Pokemon Go mencetuskan fenomena luar biasa, tetapi permainan itu turut mencetuskan beberapa kontroversi. Yelaaa, Setiap permainan mesti ada pros dan cons punya lah. Antaranya kat bawah ni : 
  •  Niantic dikecam kerana meletakkan Pokemon unik dan legenda di lokasi bahaya seperti di tebing tinggi, di tengah jalan raya, atas pokok, simpang jalan raya, tasik dan gunung berapi yang masih aktif.
  • Ramai juga melahirkan kebimbangan penglibatan penjenayah seperti pedofilia dan menjadikan permainan itu untuk mendapatkan mangsa.
  • terdapat banyak lagi insiden termasuk nahas jalan raya yang membabitkan pemain Pokemon Go. Semua itu berlaku kerana pemain terlalu leka memandang telefon pintar sehingga tidak peka dengan keadaan sekeliling.
  • Di Guatemala, seorang remaja didakwa ditembak mati kerana bermain Pokemon Go, namun ramai sangsi dengan kebenarannya dan motif sebenar pembunuhan masih disiasat.
  • Di Perth, Australia, pihak berkuasa mengeluarkan amaran selepas pemain didapati memasuki Pusat Kitar Semula Friarton untuk memburu Pokemon yang banyak terdapat di kawasan pembuangan sampah sarap itu
  • di AS, seorang wanita terpaksa membuat panggilan kecemasan selepas tersangkut di atas pokok ketika sedang bermain Pokemon Go.
  • Niantic meletakkan Pokemon dan Pokestop di tempat-tempat peringatan di seluruh dunia termasuk Memorial dan Muzium 11 September Nasional serta Memorial Holocaust di AS telah dikecam sebagai tidak sensitif.

Disebabkan beberapa insiden negatif yang dikaitkan dengan Pokemon Go, ada pihak tertentu menggesa di Malaysia menggesa supaya permainan tersebut diharamkan seperti yang baru dilakukan di negeri Kedah kerana dianggap memudaratkan masyarakat.
Pandangan Aten mengenai Pokemon Go :
Tak salah kalau nak main Pokemon Go. Permainan merupakan salah satu untuk kita menghilangkan penat lelah kita, menghilangkan stress kita. Tetapi kalau nak main tu, mesti lah waktu yang bersesuaian. Takkan dalam kereta sambil memandu pun nak main Pokemon Go. Ye tau lah permainan ni memerlukan kita untuk menangkap tetapi kalau dah tengah memandu, mata ke mana, tangan kat handphone, kena handle stereng kereta lagi. Memang la bahaya. Nak carik Pokemon Go tu boleh tapi jangan sampai menyusahkan orang. Ni tak, ada yang siap suruh Aten bawak kereta jalan-jalan semata-mata nak carik Pokemon tu. Memang salah orang la carik Aten sebab mende2 gitu. Baiklah lepak kat rumah tengok TV ke update blog ke. Ada jugak pekdahnya. Ye dak? Main game ni merupakan aktiviti yang kita main bila ada waktu terluang. Ni kalau dah 24/7 dengan Pokemon Go tak boleh jugak kan. Kena pandai bahagi masa. Kalau dah bukak 24/7, bateri phone mesti cepat habis punya. Kena guna powerbank pulak. Main game semasa phone dicas? Lagi la tak elok. Kang tak pasal2 phone meletup masa tengah main. Kan dah sia-sia. Ish ish ishhhh.  Dah 24/7 main Pokemon Go, kerja ke mana, study pun ke mana, apa pun ke mana, semua delay. Bila nak improve diri? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Konklusinya, perkara-perkara negatif boleh dielakkan jika pemain peka dengan keadaan sekeliling dan tidak terlalu asyik memandang skrin telefon pintar.
Dorang juga perlu mematuhi undang-undang dan tidak memasuki kawasan larangan dan bahaya.

Post a Comment

1 Comments