Review Dr Irma SkinCare

Hi korang!
Buat apa tu? Tak pergi open house mana-mana ke? Jangan lupa pakai foundation Dr Irma tau! :D hehehe.

Hmmm korang pernah dengar produk penjagaan kulit Dr Irma?
Aten pun baru tau mengenai produk ni bila kawan blogger Aten bagitau. Dia cakap produk ni best dan simple je cara penggunaannya sebab ada 3 produk je. Wahhh terus Aten berminat. Yelaaa simple je 3 langkah. Kalau ada produk lain tu sampai 5 - 6 langkah pemakaian. Fuhh jenuh gak lah kan nak menepek kat muka. Hehehe.
Wahhh sekarang doktor pun dah ada produk sendiri tau. Hebat lah Dr Irma! Nak tau apa lagi best? Produk Dr Irma ni tiada bahan dan racun terlarang, selamat digunakan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia tau. So gunalah tanpa ragu-ragu! :D

Produk penjagaan Dr Irma terdiri daripada 3 produk :
  1.  RADIANT WHITE CLEANSER
  2.  WHITENING BB SERUM FOUNDATION
  3.  RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM


RADIANT WHITE CLEANSER
  • Pencuci muka yang sangat lembut sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • membersihkan kotoran tanpa mengeringkan kulit
  • Dengan adanya dengan pati grapeseed dan kaktus, Radiant White Cleanser bertindak mencerahkan, memutihkan serta memperbaiki tekstur kulit
  • Mengawal pengeluaran sebum, mengecilkan pori-pori, memberikan lembapan optimum, mencerahkan pigmentasi dan memutihkan kulit
  • mempercepatkan pembentukan sel kulit untuk kulit lebih anjal

WHITENING BB SERUM FOUNDATION
  • Merupakan serum + bedak asas berasaskan air dengan pelindung matahari SPF35++, ia dirumus untuk semua jenis kulit
  • Ia dirumus untuk semua jenis kulit dan menaikkan seri semua warna kulit
  • Mudah di sapu dan serum pemutihan dan perawatan cepat meresap ke dalam kulit.
  • Kekal cantik pada wajah lebih dari 12jam tanpa menjadi gelap (tiada proses oksidasi)
  • Memberikan hidrasi yang optimum untuk melembapkan kulit sepanjang hari dan kekal setelah serum foundation ini dicuci
  • mengurangkan kulit berminyak dengan mengurangkan pengeluaran sebum sekaligus mengawal kulit berjerawat
  • Kandungan kolagen dan stem sel epal yang diimpot dari France akan membaiki tekstur kulit, mengurangkan kedutan halus dan menganjalkan kulit
RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM
  • Ia adalah serum vitamin C dan diperkaya dengan aloe vera
  • Bertujuan untuk pemutihan kulit
  • Menyembuhkan kulit berjerawat,
  • Mengurangkan pigmentasi dan parut,
  • Mengurangkan pengeluaran minyak muka yang berlebihan
  • Menghilangkan kedutan halus dang menganjalkan menegangkan kulit seawal 3hari

Serum ini mempunyai haruman sejambak bunga dan boleh digunakan pada waktu siang dan malam. Bila diguna bersama Whitening BB Serum Foundation, hasil memang menakjubkan! Aten dah cuba memang cantik dan permukaan kulit lembut dan halus je.

Cara pemakaian, tekan penutup botol serum dan corong serum akan diisi dengan serum yang cukup untuk sekali aplikasi. Titiskan terus pada dahi, hidung, pip dan dagu dan usaplah perlahan lahan secara membulat hingga serum diserap masuk.
Cara penggunaa Dr Irma Skincare :
Ya Allah cara nak guna Dr Irma Skincare ni tersangat lah senang tau korang. Rasa kalau yang taktau pun mesti dah dapat agak macam mana nak guna. Basically, macam biasa lah cuci muka mesti lah guna Radiant White Cleanser kan. Lepastu dah keringkan muka, pakai pulak Radiant White Vitamin C Serum. Bila dah kering, tepek je Whitening BB Serum Foundation Dr Irma. Senang kan? Hehehe

Review Dr Irma Skincare:
Okay Aten start cerita dengan packaging Dr Irma Skincare. Packaging yang simple yet elegant dan eksklusif. Combination warna hitam memang sangat cantik. Rasa macam nak buat tema wedding nanti lah. Hahahaha. Cleanser Dr Irma wangi sangat! Suka. Bila pakai rasa happy je. Hekhek. Serum Vitamin C ni walaupun tak berapa wangi tapi bila pakai, kulit rasa lembut je. Yelaaa Vitamin C kan sesuai untuk kulit. Takya dah cucuk-cucuk Vitamin C dah kan. Dah lah mahal. Hukhuk. Foundation Dr Irma paling best! Combination Serum dan Foundation Dr Irma memang sempurna. Pakai 2 tu je terus dah cantik. Hehehe. Aten dah pakai seminggu. Best sangat! Sejak-sejak Aten ada masalah kulit haritu, Aten tak pernah skip cuci muka , pakai serum dan moisturizer. Alhamdulillah kulit Aten dah tak kering dan lembut. Adik Aten pun cakap Aten dah putih sikit. Whoaaa! Makin semangat nak guna. Korang wajib cuba tau sebab harga Dr Irma Skincare pun affordable :D  

Harga :


  1.  RADIANT WHITE CLEANSER                                        RM 65
  2.  WHITENING BB SERUM FOUNDATION                        RM 98
  3.  RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM                           RM 89
Untuk maklumat lanjut dan update terkini, klik link bawah ni. Jangan lupa like dan follow Dr Irma sekali tau :D
Contact no : 0189867511


“Keyakinan anda, Kebanggaan DR. IRMA”

Post a Comment

0 Comments