Innergie LifeHub Plus - Your Total Power Solution

Hi korang !

Entry kali merupakan kali kedua Aten review produk mengenai teknologi. Hehehe. Aten sure mesti ramai yang ada masalah nak charge phone sekali gus kan? Biasa lah kalau dah orang datang beraya mesti berebut plug punya lah. Lagi-lagi bila adik beradik semua balik kampung. Aten dah jumpa penyelesaiannya! Korang dah tak perlu risau dah :D

Sooo, ada sesape pernah dengar produk Innergie? Innergie ni produk terbaru yang baru masuk kat Malaysia beberapa hari lepas. Innergie LifeHub Plus. Penyelesaian untuk segala masalah korang yang kekurangan plug untuk charge gadjet korang. Yeayyy :D

Spesifikasi Innergie LifeHub Plus


Apa yang menarik mengenai Innergie LifeHub Plus

1. Reka bentuk yang menarik
Comel kan? Haaaa ni sebab utama Aten suka. Sesuai dengan Aten yang perempuan ni. Hehehe. Dah lah ringan. Bila korang tengah charge gajet korang, ada lampu biru kat tengah2 tu. Iloikeee!

2. 3 USB Power Hub - 3 kali kecekapan
Orang yang design ni power! Memang sangat menjimatkan masa Aten. Hahaha. Takde dah charge phone one by one. Sekarang boleh charge sekali 3. Lebih 10,000 jenis peranti USB mudah alih yang disokong, termasuk iPhone, iPad, iPod, telefon pintar Android dan tablet.

3. Green Sense, Green Energy
Membantu menyelamatkan bumi! Dengan kecekapan kuasa yang amat tinggi, boleh mengurangkan kos tenaga dan mengurangkan kesan karbon.

4. Fast Charging
Dah lah ada 3 USB lepastu ada fast charging pulak tu. Fuhhh memang thorbaek ! Dengan teknologi zaman sekarang, fast charging tu sangat perlu. Baru lah hidup sentiasa up-to-date. Ye dak? :D

5. Cas di mana-mana dengan extra 15 kaki wayar kabel
Haaa tudiaaa 15 kaki kabel sambungan. Masa charge, boleh dah duduk depan TV sebab kabel dah panjang. Takde dah duduk depan plug sebab wayar kabel pendek. Hahaha. Innergie LifeHub Plus akan menjadi pembantu yang amat diperlukan yang akan memaksimumkan penggunaan tablet atau telefon pintar anda.

Review Innergie LifeHub Plus
Sejak ada Innergie LifeHub Plus ni, Aten dah tak pandang dah charger lain. Sentiasa bawak ke mana-mana kalau takde powerbank. Sangat bermanfaat untuk keluarga dan kawan-kawan Aten. Sambil charge tu boleh borak sesama. Hehehe. Membantu mengeratkan hubungan silaturrahim lagitu. Design eksklusif dan ringan memang sangat memudahkan kerja Aten :D

Kalau korang nak tau maklumat lanjut mengenai Innergie , klik  www.myinnergie.com/.

Post a Comment

0 Comments