Oh!! Meriahnya Raya Bersama Jakel


Hi korang ! 
Buat apa tu? Dah puasa seminggu ni cemana okay tak? Hehehe. Keee tengah tungu Wisma Jakel kt Shah Alam untuk beli baju raya nih? :p

Haritu Aten dan rakan blogger lain berkesempatan untuk ke Wisma Jakel yang berlokasi di Shah Alam. Tau? Alaaa, yang depan Uitm Shah Alam tuu. Hehehe. 



Masa Aten pergi haritu, fuhhhhh! Seawal 9 pagi orang dah beratur tau untuk dapat baju melayu free yang Jakel nak bagi. OMG! When it comes to free things, puasa pun redah je. Hahaha. Yelaa sape nak bagi baju melayu free worth RM300 kan?


Kelainan Jakel pada tahun ni ialah dengan adanya duta terbaru iaitu Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Lara (Schawalara) , Jep Sepahtu dan AC Mizal. Dan duta yang masih kekal iaitu Aaron Aziz dan Nabil Ahmad. Seriously haritu saaaaaaangat meriah gilerr. Ada je benda dorang nak cerita kt atas pentas tu. Dengan kehadiran dorang, orang yang datang ke Wisma Jakel semakin ramai dan ramai walaupun dah masuk ke tengahari.





Setiap duta mempunyai kelainan dan ciri-ciri baju melayu yang berlainan. Contoh macam baju melayu Aaron Aziz, sesuai untuk mereka yang sado. Kira takde cutting lah. Straight cut gitu. Pengaruh Aaron Aziz sangat kuat sampai Jakel telah mengekalkan Aaron Aziz sampai ke tahun ni iaitu tahun ke 4. Wow ! 

Baju melayu Nabil Ahmad pula lebih sesuai untuk mereka yang sukakan baju yang fit dengan badan korang. Untuk korang yang berbadan kecik, memang sesuai lah sangat dengan korang. Hehehe. 

Baju raya Upin dan Ipin juga ada sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecil. Baju melayu bayi yang baru sebulan lahir pun ada tau. Yang paling comel, butang baju melayu pun ada gambar Upin Ipin. Hehehe.

Untuk mereka yang sukakan baju sedondon, koleksi Schawalara tersangatlah sesuai dengan korang! Daripada bapak, mak dan anak-anak boleh dapatkan baju yang sama warna tanpa perlu risau size takde.


Dengan kehadiran Abang Dee yang menjadi MC membuatkan majlis haritu bertambah meriah dengan celoteh Abang Dee. Belum masuk lagi, kuiz yang Jakel buat. Sape dapat jawab, dapat baju free tu :O Aten give up lah sebab ramai giler yang nak menjawab. Hahahaha.




Macam-macam kerenah bloggers yang datang haa. Pilih untuk suami katanya. Hekhek. Aten tahun depan pun rasanya mesti datang beli kt Jakel lah bila nak beli untuk Feeq. Hahaha. Senang semua size ada. Varieti warna pun tersangatlah banyak. So, tak perlu risau dah. Hehehe. Nak beli last minute pun, confirm ada size lagi:D


Kad raya yang ditandatangani oleh duta Jakel buat mereka yang telah membeli baju raya pada hari tersebut. Fuhhh! Ramai gilerr yang beratur nak ambil gambar bersama dengan artis kesayangan mereka. Hehehe. Suka tengok pasangan Scha dan Awal ni. Too bad, Lara haritu tak datang. Kalau takk, memang dah selfie dah dengan Lara. Hehehehe.


So gaissss, yang masih lagi mencarik baju raya, korang wajib datang ke Wisma Jakel yang ada 4 tingkat ni. Pergi tengok dan pilih mana korang yang berkenan dan beli. Korang wajib beli sebab ada promosi gilerrr gilerrr yang Jakel tengah buat. Bayangkan harga Baju Aaron Aziz yang berharga RM300++ turun sehingga RM140++ . OMG rambang mata Aten haritu tau. Rasa macam nak beli semua je. Hahahaha.

Terima kasih Jakel, terima kasih Kak Ruby , terima kasih Ned sebab jemput Aten. Tahun depan boleh lah jemput Aten lagi ye :D heheh

Post a Comment

0 Comments