Mr Tuk Tuk @ Sunway Pyramid


Hi kesayangan Aten semua! 

Harini Aten nak share dengan korang satu restoran yang baru dibuka di Sunway Pyramid iaitu Restoran Mr. Tuk Tuk. Restoran ni baru dibuka beberapa hari lalu. Mr. Tuk Tuk merupakan restoran yang berkonsepkan makanan Thai Street Food. Haaaa, lepas ni korang dah tak perlu dah pergi Thailand ke Bangkok ke sebab dah ada Mr. Tuk Tuk di Sunway Pyramid. Jimat duit travel. Hehehe. Chef utama Mr. Tuk Tuk telah dibawa khas ke Malaysia untuk memastikan rasa makanan ni asli dan tulen dari Thailand. Resepi dari Thailand. 

Aten tak pernah lagi pergi ke Thailand atau Bangkok tapi ramai kawan Aten dah pernah pergi sana dan selalu cakap makanan sana sedap.  Memandangkan dah ada restoran Mr. Tuk Tuk di Sunway Pyramid, takya dah Aten pergi travel ke sana kan? Hehehe.

Mr. Tuk Tuk berada di tingkat LG2.27, Sunway Pyramid. Berdepanan dengan Cold Storage. Antara Cold Storage dan Mr. Tuk Tuk ada  tempat permainan untuk budak-budak tu. Tau kan? Hehehe


Mesti korang tertanya-tanyakan apa maksud Tuk Tuk tu kan? Tuk Tuk ialah sejenis kenderaan beroda tiga. Kira Tuk Tuk ni macam teksi lah. Pengangkutan awam yang boleh digunakan di Bangkok. Bila masuk restoran Tuk Tuk ni terus rasa macam dah ada kt Bangkok tau. Dengan wallpaper yang dorang guna, memang feel macam kt Bangkok lah. Paling style, lampu kat tengah-tengah restoran tu. Style kot! :D

Jom tengok makanan apa yang ada di Mr Tuk Tuk ni :D


Pencuci mulut Mr. Tuk Tuk :


Aten paling suka Nasi Goreng Tom Yam Mr. Tuk Tuk. Sedap sangat ! Ayam skewer dan Ayam Satay pun sedap. Tapi yang lain pun sedap jugak sebenarnya. Hehehe. Harga pulak sangat berpatutan dan sesuai kalau korang nak makan kat sini dengan kengkawan ke nak buat gathering ke. Selesa pun selesa. Staff Mr. Tuk Tuk pun sangat friendly dan efisien. Aten memang confirm la datang sini lagi kalau datang ke Sunway Pyramid. Hehehe


Nah Aten bagi menu terus kt korang. Hehehe


Jom dapatkan aiskrim Tom Yam, aiskrim Green Curry dan aiskrim Thai Ice Tea pada harga RM1 dengan pembelian nasi, mee atau set meal. Promosi berakhir pada 30 Jun 2016. Promosi hanya ada di outlet Sunway Pyramid sempena pembukaan outlet terbaru mereka.

Untuk maklumat lanjut :


Mr. Tuk Tuk
(Opposite Cold Storage)
LG2.27, Sunway Pyramid Shopping Mall,
3, Jalan PJS 11/15, 
Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya,
Selangor.
Facebook: fb.com/Mr-Tuk-Tuk
Instagram: @mrtuktuk_my


3 comments.. read them below or add one

Emily Emily 26 June, 2016
I have not been to Thailand yet, but have heard so much about their famed street fare. Now, I have one less reason to go to Thailand with Mr Tuk Tuk here. LOL
eLaNaKcL eLaNaKcL 27 June, 2016
Sedap lah. Jom pergi lagi, I nak chicken wing, tom yam..... lol
Sunshine Kelly Sunshine Kelly 02 July, 2016
I like their food and their tom yam is so sedap plus the others.