Fiesta Raya Bersama Boboiboy at Klang Parade

Haritu Aten dengan geng Jom Lepak Crew ada buat gathering dekat Klang Parade. Dah lama tak jumpa kan. Ni masing-masing dah free, jumpa lah kejap gossip-gossip dulu dengan dorang. Hekhek.

Rupanya di Klang Parade ada Fiesta Raya Bersama Boboiboy. Macam-macam aktiviti wehh. Meriah sangat Klang Parade bila nak raya ni. Dorang siap pasang lagu raya lagi. Memang feeling nak raya tu lagi lah terasa. Heheheh.

Macam biasa, Jom Lepak Crew semuanya kaki karaoke. Sooo, first thing kitorang buat ialah karaoke. Hehehhe. Tak lama. 1 jam je tak lama. Puasa kan. Hahahah. Nama tempat karaoke kitorang pergi tu K Song . So far Aten memang puas hati dengan servis K Song ni. Perkara wajib bila datang Klang Parade ialah pergi karaoke kt sini. Audio pun awesome. Bilik pun besar. Lagu pun banyak yang baru. Semangat kitorang nyanyi lagu yang tengah femes tu. Sudah Ku Tahu - Projector Band. Hahaha. 


Lepas habis karaoke tu kitorang berkumpul di Ground Floor Klang Parade sebab ada Santai Bersama DJ Lin, Bob & Brian dari Suria FM. Bertambah-tambah meriah bila dengar celoteh dorang. Ada je benda yang dorang nak cakap. Hahaha

Macam biasa kalau ada dorang ni, game semestinya wajib dan macam biasa kitorang wajib kena naik atas pentas. Hahahaha. Kalah ke menang ke semua dapat patung karakter dari Boboiboy. Rasa macam budak2 sangat. Tapi kitorang memang sangat enjoy. Hahaha.

Antara aktiviti menarik yang ada di Klang Parade sempena Ramadhan ni :

1. Sesi Beramah Mesra bersama Boboiboy & rakan-rakan
  • 18, 19 Jun - 2.00PM & 5.00PM
  • 25 Jun - 12.30PM & 5.30PM
  • 26 Jun - 3.00PM & 6.00PM
  • 2, 3 Julai - 2.00PM & 5.00PM
2. Permainan Papan Gergasi
  • 18, 19, 25 Jun, 2 & 3 Julai ---> 12PM - 7PM
3. Pertandingan Mewarna
  • 18, 19 Jun - 3.00PM 
  • 25 Jun - 3.00PM 
  • 26 Jun - 2.00PM 
  • 2, 3 Julai - 4.30PM
Untuk maklumat lanjut, boleh bukak facebook Klang Parade. Macam-macam ada! 

Facebook : https://www.facebook.com/ARA.KPM/

Post a Comment

2 Comments

  1. lambat tahu..kalau x boleh bawa budak2

    ReplyDelete
  2. lambat tahu..kalau x boleh bawa budak2

    ReplyDelete