Cuci Usus dengan Absolute 25


Korang pernah dengan Absolute 25?

Aten pun first time dengar bila pergi event ni. First impression Aten bila tengok packaging Absolute 25?  "Cantiknyaaa kotak dia warna ungu" . Almaklumlah Aten ni suka giler dengan warna ungu. Lepas tu event ni dibuat di Orchid Room, Majestic Hotel. Bertambah-tambah semangat nak tau mengenai produk ni. Hhehehe. Ohh, Aten dapat invitation event ni dari Hai Blogger! Macehhh jemput Aten :D


Absolute 25 merupakan satu produk untuk membasuh usus kita tau. Yelah seharian kita makan macam-macam tapi taktau macam mana usus kita dibersihkan sebab taktau nak guna produk apa kan untuk bersihkan usus. Betul tak betul tak?

Idea produk Absolute 25 ni bermula bila seorang pengasas produk Absolute 25 telah mengalami masalah penghadaman yang teruk. Akhirnya, beliau telah menghasilkan produk beliau sendiri dan telah dibantu oleh pakar formulasi, pakar dietitian dan pakar nutrisi dan akhirnya terhasilnya Absolute 25.

Produk Absolute 25 ni mula memasuki pasaran setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia serta disahkan halal oleh JAKIM. Wahh bagusnya! Memang takkan ragu-ragu bila Aten guna produk ni. Absolute 25 sangat menitikberatkan keselamatan dan kepercayaan pengguna sesuai dengan tagline untuk produl Absolute 25 iaitu CLEANSE.CLEAR.CANTIK.


Bahan utama yang ada dalam Absolute 25 ialah L-cysterine yang mempunyai khasiat yang tinggi yang mampu membuatkan usus terhindar dari kotor, lendir dan kerak yang menghalang kebanyakan nutrisi daripada diserap dan digunakan oleh badan dengan baik. Gabungan L-cysterine dengan ekstrak biji apricot, ekstrak epal hijau dan ekstrak manggis telah terbukti berkesan untuk membersihkan usus secara sihat dan selamat. Mineral khas juga ditambah untuk membekalkan tenaga kepada usus untuk menyerap segala nutrisi yang baik dalam Absolute 25.


Antara kebaikan Absolute 25 : 

- Membersihkan usus
Usus juga merupakan salah satu organ tubuh yang vital di dalam tubuh kita. Oleh sebab itu, dengan mengamalkan Absolute 25, proses detoksifikasi yang mampu untuk membersihkan usus mampu menyihatkan tubuh kita.

- Boost metabolisma badan 
Korang selalu mengalami flu dan sembelit? Hal itu juga merupakan tanda sistem imunisasi badan yg semakin menurun. Oleh sebab itu,  Absolute 25 membantu proses detox untuk mengeluarkan racun di dalam tubuh yg menyebabkan kesihatan tidak menentu.

- Menurunkan berat
Detoksifikasi akan meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk membakar lemak secara semulajadi. Absolute 25 bermanfaat untuk program penurunan berat badan.

- Menambah tenaga
Detoksifikasi akan membantu untuk dapat mengeluarkan racun di dalam tubuh. Jika mengamalkan Absolute 25 secara konsisten, baru kesan positif penambahan tenaga dapat dilihat.

Cara Pengambilan Absolute 25
Cara nak consume Absolute 25 ni memang mudah. Just ambil satu sachet dan koyakkan sachet dan terus makan ke dalam mulut. Haaa, takya dah shake shake uolsss. Makan gitu je. Hekhek. Cara penggunaan adalah satu sachet pagi dan satu sachet malam. Selepas satu jam makan Absolute 25, korang perlu minum segelas air bagi membantu melancarkan pembuangan toksin melalui pembuangan air besar.


Review seorang Aten mengenai Absolute 25 :

First impression Aten bila tengok packaging Absolute 25 ? PURPLE! Warna favourite Aten kot. Memang eager nak tau more pasal produk ni bila tengok kotak tu. Dengan segala penerangan yang mereka bagitau membuatkan Aten rasa macam nak terus cuba. Sachet kecik yang sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Alhamdulillah Aten tak pernah miss makan Absolute 25 sebab memang sentiasa ada dalam handbag Aten. Setiap malam mesti Aten letak dalam handbag sebab takut lupa makan. Aten dah consume Absolute 25 ni selama 2 minggu. So far okayy. Memang setiap pagi wajib membuang. Hahahaha. Bagus lah kan kalau hari-hari membuang. Rasa macam perut dan kempis sikit sebab hari-hari membuang lepastu ni dengan puasa lagi. Harap-harap sempat lah kurus sebelum hari kawen Aten nanti. Hehehehe. Rasa Absolute 25 ni ala-ala bubblegum yang warna ungu tu. Rasa anggur gitu. Memang sedap. Makan satu sachet rasa macam tak cukup. Hahaha.

Harga sekotak Absolute 25 RM120. Harga promosi cuma RM 99 tau!

Korang boleh pesan sekotak ABSOLUTE 25 melalui:

SMS/Whatsapp - 012 206 7007 / 017 240 0788 
Email -  nutririchemalaysia@gmail.com

Post a Comment

0 Comments