Buffet Ramadhan @ Putera Garden, Nilai


Sedar tak sedar dah 14 Ramadhan dah harini. Cepatnyaaaaa masa berjalan :O

Entry kali ni Aten nak kongsi dengan korang satu lagi tempat berbuka puasa yang berlokasi di Putera Garden, Nilai. Rupanya banyak tempat best-best tau nak makan kt Nilai. Aten baru tau. Kuikui.




Aten dapat jemputan untuk berbuka puasa dengan anak-anak yatim sekitar sini. Kalau Aten tak dapat jemputan ni taktau lah tempat ni sebenarnya cantik gila. Its an event venue jugak sebenarnya. Ada macam-macam package tau. Nak buat majlis kahwin pun boleh. Tempat dia sangat selesa. Plus surau semua ada. Nak buat gathering pun sesuai. 










Credit photo : Kak Nanie ( kitepunye.com ) Aten tak sempat nak amek gambar haritu. Hukhuk.

Sebenarnya banyak lagi food tau tapi tu lah orang pun dah tazzabar nak bukak puasa kt situ, so Aten pun tak sempat nak amek gambar banyak kt situ. Huhuhu. Konsep buffet ramadhan yang Putera Garden ni kampung style, western pun ada. Hehehhe. Yang paling best ada kambing golek lah kan. Tapi Aten makan sikit je sebab dah kenyang. Ada laksa tu yang lagi best. Tak semua tempat ada tau. Aten pulak penggemar laksa. So, laksa dulu Aten amek hahahaha. 


Semoga Putera Garden dimurahkan rezeki. Setiap 1 pax yang datang makan kt sini akan didermakan kepada badan kebajikan anak-anak yatim. Alhamdulillah. Tak ramai restoran yang buat gini. I'm impressed! :D


Ingat!  Berhenti makan sebelum kenyang. Hehehehe. Putera Garden sangat menitikberatkan tidak menggalakkan pembaziran. Amek sikit-sikit tapi banyak kali dan yang paling penting tak membazir :)


Persembahan nasyid dari anak-anak yatim yang hadir di Putera Garden. Masha Allah. Berbakat adik-adik kita ni. Moga menjadi manusia yang berguna dan diredhai Allah. Sayu je bila dengar dorang membuat persembahan. Hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada :')


Thanks Putera Garden, thanks Kak Fariza sebab jemput Aten. Next time boleh lah jemput Aten lagi ye. Hehehe.


Untuk maklumat lanjut mengenai Putera Garden,

Facebook : https://www.facebook.com/Putera-Garden-Nilai-1664383377131371/
Contact no : 012-269 7275
Address :  Pt 7720 Taman Desa Jasmin Bandar Baru Nilai
Instagram : http://www.instagram.com/puteragarden

Post a Comment

0 Comments