Buffet Ramadhan @ Pullman Putrajaya Lakeside

Haritu Aten berkesempatan untuk berbuka di Pullman Putrajaya Lakeside. Sape yang pernah pergi sebelum ni dorang cakap sedap. Sooo, Aten pun cuba lah. Hehehehe.

Buffet Ramadhan Pullman Putrajaya Lakeside tahun ni menggunakan konsep berbuka puasa di luar. Ala-ala garden gitu. Hehehehe. Wahhhh menarikk. Kalau tak, biasanya dalam restoran atau tempat tertutup. Memang luas tempat yang dorang pilih. 
Bila masuk waktu berbuka je, dekat menara jam ni akan ada orang yang melaungkan azan. Azan secara live gitu. Suasana pun tenang. Rasa syahdu je :')

Buffet Ramadhan Pullman Putrajaya Lakeside menggunakan konsep masakan tradisional dan juga barat. Lebih daripada 100 jenis tu. Wow!

Ni antara makanan yang disediakan oleh Pullman Putrajaya Lakeside :
Yang paling best mesti la durian. Hahaha. Kitorang bukak puasa makan durian dulu kot. hahahaha

Lautan pencuci mulut ! Fuhhh rambang mata tengok. Rasa macam nak amek semua je. Hahhaha

Buffet Ramadhan di Pullman Putrajaya Lakeside berlangsung dari 7 Jun 2016 sampai 3 Julai 2016. Korang boleh nikmati buffet sampai pukul 10.30 malam tau. Jangan risau. Surau disediakan. Lepas solat nanti boleh pergi makan lagi. Hehehe

Harga : 
RM169 nett (dewasa)
RM130 nett (kanak-kanak)

Untuk maklumat lanjut, boleh ke facebook page dorang :

Post a Comment

0 Comments