Buffet Ramadhan @ Menara KL


Hi korang!

Entry kali ni Aten akan berkongsi salah satu buffet ramadhan yang lain dari lain! Lain cemana tu? Haaaa, Buffet Ramadhan ni lain sebab kita akan makan pada ketinggian 300 meter dari darat. Acano tu? Tinggi kan? Kat mana lagi kalau bukan kat Menara KL. Hehehe.



Haa, siap dapat tengok sunset lagitu. Bukan selalu dapat merasai pengalaman macam ni. Berbuka puasa sambil menikmati keindahan Kuala Lumpur dan juga sunset :D


Terletak di Megaview Banquet Hall, Menara KL terdapatnya satu restoran milik Chef Ismail Ahmad yang diberi nama Restoran Rebung. Macam biasa konsep buffet ramadhan di Restoran Rebung ni ialah bertemakan makanan tradisional.

Jom cuci mata tengok apa yang ada disediakan di Restoran Rebung, Menara KL :D

Terliur tak? Seriously memang sedap. Aten ni jenis yang suka makan masakan kampung ni. So, memang kenyang teruk Aten time ni. Hahaha. Laksa dia paling the best! :D



Harga :
RM99++ (dewasa)
RM59++ (kanak-kanak)
Hanya tambah RM20 untuk menikmati pemandangan satu Kuala Lumpur di Skybox, Menara KL :D

Pengalaman di dalam Skybox, klik ---> Skybox @ Menara KL



Thanks Kak Ella, thanks Menara KL sebab jemput Aten berbuka puasa kat sini. Lain kali boleh lah ajak lagi. Hehehe :D

Untuk maklumat lanjut, 
Facebook :  https://www.facebook.com/officialmenarakl/
Contact no : 03-2020 5444 or 03-2020 5055

Post a Comment

0 Comments