Berbuka Puasa di Klang Parade #KlangParadeIftar


Semalam Aten dan rakan blogger telah diberi peluang untuk menerokai satu Klang Parade ! Puasa yang bakal tiba ni mesti ramai yang tercarik-carik kt mana nak bukak puasa kan? Klang Parade merupakan salah satu shopping mall yang serba lengkap dengan semua apa yang kita perlukan. Tak kira lah dari segi pakaian, kelengkapan rumah dan restoran.

Kami para blogger dibahagikan kepada 3 kumpulan. Jadi, setiap kumpulan akan pergi review kedai-kedai yang berbeza.

Kumpulan satu terdiri dari Cik Lily Putih, Kak Ruby , Naomie, Aten dan Azraei. Hehehe. Semua kaki makan kaki bersembang punya. Hahahha. Diceriakan oleh adik Aten, Fahmi dan anak Kak Ruby, Adam Solihin. Hehehe.

Soooo, jom tengok kedai apa yang kitorang pergi. Get ready untuk terliur tau :D

Kedai 1 - Teh Tarik Place







Dah nama pun Teh Tarik Place kan? Sooo, wajib lah order Teh Tarik ! Hehehe. Tak manis sangat tak tawar sangat. Just nice bila minum. Siap ada pisang goreng dan popia goreng. Teh tarik, pisang goreng dan popia goreng memang gabungan minum petang yang hebat! Yang paling sedap popia goreng siap bertambah tau ! Hehehe


Seperti restoran lain, Teh Tarik Place juga mempunyai Ramadhan Al-Mubarak Makan Sets. Sangat sesuai untuk berbuka di sini dengah harga mampu beli. Terdapat 3 set makanan yang korang boleh pilih. Kt gambar atas tu ada menu-menunya. 

Nak tau lebih lanjut? Boleh klik tehtarikplace.my . Like facebook Teh Tarik Place facebook.com/tehtpkp . Untuk tempahan, boleh telefon 016 260 5882. Takpun, pergi Teh Tarik Place dan bagitau staff dorang je. Senang kan?

Kedai 2 - The Chicken Rice Shop


Kedai kedua yang kitorang pergi ialah The Chicken Rice Shop. Mesti ramai yang tau kan? Hampir setiap mall kt Malaysia ni mesti ada The Chicken Rice Shop. Hehehe. Kalau dah nama pun The Chicken Rice Shop, makan nasi ayam lah jawabnya. Hehheehe. Kitorang dihidangkan dengan 4 jenis ayam yang berbeza.



Roasted Chicken


Soy Sauce Chicken


Steamed Chicken


BBQ Chicken



Cendolcino


Soya Rainbow




The Chicken Rice Shop pun ada menu menarik untuk berbuka puasa. Ayam berempah istimewa tu. Yumsss! Tengok gambar je pun dah menarik. Bila makan confirm bertambah-tambah punya. Hehehe. Kalau nak berbuka puasa di The Chicken Rice Shop, pergi bagitau staff dorang je. Almaklumlah, bukak puasa di shopping mall memang confirm semua kedai penuh. So, reserve dulu tau :D

Kedai 3 - Tako Wan


Sape peminat takoyaki? Haaaa ni ada takoyaki yang halal ! Owner dia melayu. Yang penting, sedap giler hokayyy. Jom tengok menu apa yang ada :D





Dalam masa 10 minit, habis semua makanan dalam gambar tu. Hahahah! Memang gila makan masing-masing. Sape suruh sedap sangat kann. Kejap je lah habis. Hehehhe. Tako Wan ni berada di Level 5 tau. Jangan lupa singgah kalau datang Klang Parade tau :D

Kedai 4 - SSF 








SSF merupakan kedai peralatan yang lengkap untuk rumah. Sesiapa yang masih takde balang raya, SSF lah kedainya ! Hehehehe. Balang kuih raya, lampu lip lap raya semua ada. Hiasan dalaman rumah pun ada tau. Sofa, meja, kerusi, pasu, wangian, cermin, bunga semuaaaaaaaa ada ! Tinggal nak pilih je. Hehehe. Harga pun berpatutan.


Aten paling suka sofa ni. Lembut gilerr. Boleh lah beli letak kt rumah lepas kawen nanti. Hekhek

Kedai 5 - Next Food Junction


Jalan punya jalan, dah malam dah rupanya ! Kitorang dinner makan di Next Food Junction di tingkat 5. Seronok masing-masing dapat voucher RM20 sorang satu. Macam-macam food kitorang makan. Siap tapau sekali tau. Hehehehe.




ABC dia sedap ! RM5 je. Ada aiskrim seketul. Hehehe. Kalau dah pergi food junction wajib lah beli Sizzling Yee Mee dan Chicken Chop. Kitorang balik dengan perut yang kenyang gilerrr. Hahahah

Ape-ape pun, thanks Klang Parade sebab invite kitorang untuk sesi food hunt semalam. Sangat enjoy makan dan sembang dengan rakan bloggers yang lain. Lain kali boleh lah ajak lagi. Heheheh. Muah ciked :*


1 comment... add one now

jida jida 13 June, 2016
untungnya dapat makan2.. :) ..sedap-sedap pulak tu..btw, thanks for the reviews. senang sikit nak choose kalau ke sana. :>) :>)