Anugerah3k3c


Semalam Aten berkesempatan ke Kementerian Pendidikan Malaysia untuk majlis pelancaran laman sesawang Anugerah 3K & Projek Khas 3C. Anugerah 3K & Projek Khas 3C merupaakan program anugerah KPM yang mengiktiraf usaha dalam meningkatkan tahap persekitaran sekolah dengan sokongan Dutch Lady.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dutch Lady Malaysia telah merasmikan Anugerah 3K 2016 dengan pelancaran laman portal baru di www.anugerah3k3c.com.my yang kini sedia untuk menerima penyertaan daripada sekolah-sekolah di seluruh negara.


Program anugerah tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama rakan strategik Dutch Lady Malaysia bertujuan mendidik dan mengiktiraf usaha sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia dalam meningkatkan persekitaran sekolah mereka meliputi tiga aspek utama iaitu KEBERSIHAN, KESIHATAN dan KESELAMATAN

Penglibatan Dutch Lady Malaysia yang sudah berusia 53 tahun ini menerusi Projek Khas 3C iaitu CABARAN.CERGAS.CERIA hasil inspirasi daripada kempen kesedaran kesihatan DRINK.MOVE.BESTRONG. Projek khas ini bertujuan untuk mendidik dan menyemai tabiat gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan berkongsi kepentingan meminum susu dan melakukan aktiviti fizikal harian dalam usaha membina generasi yang kuat dan sihat.


Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Saw Chooi Lee mengatakan bahawa ia merupakan tanggungjawab sosial korporat mereka dalam memainkan peranan penting dengan menyokong agenda pendidikan kerajaan untuk melahirkan generasi yang cemerlang untuk masa depan negara.


Timbalan Menteri Pendidikan I YB Dato' P. Kamanathalan merasmikan majlis ini dan ada mengatakan bahawa laman portal Anugerah 3K dan Projek Khas 3C akan menjadi hab utama bagi keseluruhan pelaksanaan program anugerah ini. Dengan hanya satu klik mudah, para guru, pelajar dan komuniti boleh mendapat akses penuh kepada semua maklumat dan bahan pendidikan berkaitan program anugerah. Laman portal ini juga memudahkan penyertaan serta penghantaran penyertaan oleh sekolah-sekolah, melibatkan para pelajar dalam permainan dan kuiz yang menarik.


Tahniah kepada SK Bukit Kapar kerana merupakan Johan Keseluruhan, Peringkat Sekolah Rendah Penggunaan Media Sosial Terbaik (Peringkat Sekolah Rendah) 

Tahniah jugak kepada SMK Seri Sentosa kerana memenangi anugerah penggunaan media sosial terbaik ( Peringkat Sekolah Menengah)


Akhir kata, amalkan meminum susu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cergas!

Post a Comment

0 Comments