Pelancaran Slogan Baru Maybelline - Make It Happen


Jenama mekap No. 1 semalam telah melancarkan slogan baru khas untuk memberi inspirasi kepada para gadis yang sedang mengejar impian mereka. Make It Happen menjadi slogan inspirasi  baru daripada Maybelline New York, yang mahukan para gadis di Malaysia mengejar impian mereta tanpa rasa takut, sebaliknya dengan penuh keyakinan, sikap positif dan penuh kreatif dengan penggunaan mekap.


Sewaktu majlis pelancaran slogan baru, Pink Fong, Pengurusa Pemasaran Maybelline New York Malaysia, menjelaskan rasional di sebalik slogan jenama yang baru ini. " Sebagai jenama kecantikan untuk wanita, kami melihat keperluan untuk mengubah cara kami berkomunikasi dengan mereka, terutamanya generasi milenium baru, agar sesuai dengan cara mereka berfikir , bertindak dan menjalankan kehidupan. Slogan kami yang terdahulu, "Maybe she's born with it, maybe it's Maybelline", kami berpesan kepada wanita sama ada boleh mengubahnya dengan mekap Maybelline," katanya.


Maybelline New York turut menampilkan sekumpulan wanita yang memiliki semangat Make It Happen untuk mencapai impian masing-masing. Mereka adalah para gadis 'IT' daripada pelbagai latar belakang dan minat, tetapi semuanya berkongsi semangat yang sama dalam mencapai matlamat hidup mereka, termasuklah peserta peringkat akhir rancangan Asia's Next Top Model 4, dimana Maybelline New York merupakan penaja rasmi bagi mekap.




Mekap tutorial oleh Steven Sunny diberikan kepada peserta peringkat akhir rancangan Asia's Next Top Model 4 menggunakan gincu Maybelline Rosy Matte, Maybelline Hypersharp Powerblack Liquid Liner dan Mascara Magnum Barbie.



2 comments.. read them below or add one

✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 08 April, 2016
Produk mekup ena mostly guna maybelline.. Suka sangat maybelline
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 08 April, 2016
Wah cantiknya gadis2 tu bila dimekap menggunakan maybelline