Movie Review | The Divergent Series : Allegiant (2016)


Sinopsis Allegiant :

Mengisahkan mengenai Tris (Shailene Woodley) melarikan diri dengan Four (Theo James) dan bersama-sama tiga rakan mereka untuk melepasi dinding yang memagari Chicago. Buat pertama kali, mereka meninggalkan satu-satunya bandar dan keluarga mereka yang pernah dikenali untuk mencari penyelesaian secara aman. Sebaik sahaja mereka keluar dari Chicago, mereka mengetahui kebenaran yang mengejutkan yang menyebabkan pelarian mereka tidak bermakna. Pertempuran kejam mengancam kemanusiaan di luar Chicago. Tidak seperti yang mereka sangkakan, Tris dan Four perlu membuat keputusan siapa yang harus dipercayai untuk terus hidup. 

Trailer Allegiant :


Review Aten :

Allegiant merupakan siri ketiga selepas Divergent dan Insurgent. Better korang tengok Divergent dan Insurgent kalau nak tengok Allegiant ni. Hero dan heroin yang sangat cantik dan handsome dan energetic dalam lakonan. Grafik yang sangat cantik dan tak tercapai dek akal Aten. The way the director create future world, fuhhhh! Sangat menakjubkan. Jalan cerita yang straight forward dan simple. Movie bersiri Divergent ni mempunyai daya tarikan yang membuatkan Aten sentiasa nak tau apa yang akan terjadi lepas ni. Nilai kasih sayang keluarga diterapkan dalam movie kali ni apabila Tris cuba menyelamatkan adiknya dari dibunuh. Nilai keberanian jugak ada diterapkan dalam pelakon utama Allegiant kerana berani keluar dari kelompok mereka dan cuba untuk mengamankan dua pihak. Sape tak tengok lagi? Pergi tengok cecepat ! Bintang 9 dari 10 bintang. Yeayy :D


3 comments.. read them below or add one

Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 24 March, 2016
hrm.. x kesempatan nk gi wayang lagi
Wanz Mejuez Wanz Mejuez 25 March, 2016
sekarang banyak movie omputeh dari novel bestseller.. terbaik..

>_<
ika magicalips ika magicalips 25 March, 2016
semalam bru tgok cite ni..memang best..part dyorg panjat pagar tu smart..mcm nak ikut pnjat skali je..haha