MekaRay Triple-M & Meka Viniga Supplemen Tambahan untuk Kekal Sihat



Haritu Aten dan rakan blogger yang lain berkesempatan untuk ke satu sharing session mengenai satu produk terbaru yang ada di pasaran iaitu MekaRay Triple-M (Meka Miracle Meal) & Meka Viniga (nama lama : Slimmie Viniga) daripada MekaRay Ventures. Aten pun baru tau mengenai produk ni. Hehehe. Lagipun, Aten memang tengah mencari supplemen tambahan untuk Aten selain daripada kapsul habbatus sauda yang Aten sentiasa amalkan. Memandangkan cara hidup Aten yang sangat aktif ke sana sini, Aten kena lah carik dan makan supplemen tambahan yang mudah untuk badan Aten terus aktif dan sentiasa sihat. 



MekaRay Triple M
Merupakan ramuan tradisi sejak 1400 tahun dahulu yang di kenali sebagai TALBINAH. Pernah dengar dengan Talbinah? First time tau Aten dengar word ni. Noobnya Aten. Kuikui. Rupanya talbinah merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada barli yang dicampur dengan susu dan madu lebah asli. Triple M atau Meka Miracle Meal merupakan minuman talbinah dengan gabungan Barli, Yogurt dan Madu. Yumssss! Menerusi kajian selama 10 tahun Team R&D UKM yang diketuai oleh Dr Wan Nasyarudin telah menemukan ramuan yang terbaru dengan gabungan TALBINAH maka terhasillah MEKA MIRACLE MEAL @ TRIPLE M. Bahan utama MADU, BARLI & YOGURT merupakan asas kepada penghasilan TALBINAH dan dicampur dengan GAM ARAB, MALT & OAT mampu untuk mengenyangkan perut dan menghilangkan lapar anda. Penghasilan produk yang mendapat pengiktirafan Islamic Manufacturing Practices (IMP) ini mampu merawat pelbagai jenis penyakit mengikut kesesuaian tubuh badan manusia. Rasai sendiri ramuan tradisi 1400 tahun dahulu yang di formulasikan semula untuk membolehkan kita semua menikmati makanan pada zaman Nabi SAW. Cukup segelas untuk satu hari, sudah mampu untuk merawat dan menjaga kesihatan badan anda. Bukan sekadar untuk dimakan je tau, tetapi sesuai untuk dibuat masker jugak! Tepek2 je kt muka, muka pun putih jerawat jeragat pun hilang. Heheheh

Meka Viniga
Merupakan minuman kesihatan yang berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Cuka Kurma, Madu, Habbatus Sauda’, Minyak Zaitun, Delima & Air Mineral. Diperkaya kan lagi dengan kehebatan Minyak Kelapa Dara sebagai bahan semulajadi tempatan yang sangat sesuai untuk tubuh badan manusia yang tinggal di Nusantara ini. Meka Viniga juga merupakan salah satu hasil kajian selama 10 tahun Team R&D UKM yang diketuai oleh Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah. Formulasi Makanan Sunnah Meka Viniga adalah makanan kesihatan yang dirumus tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya yang bakal meninggalkan kesan negatif dalam jangka masa yang panjang. Sebaliknya, keseluruhan kandungan Meka Viniga adalah berdasarkan bahan semulajadi dan organik.


Okay, kalau korang datang ofis dorang, korang WAJIB beli buku ni. Dorang buat research dorang dan bukukan hasil kajian dorang selama ni. Sangat bermanfaat. Kena baca every word dalam buku ni sebab semuanya penting dan visual yang dipaparkan sangat menarik ! :D


Aten lagi prefer makan Meka Viniga sebab senang. Suka pulak dengan tagline dorang 'Sedut Sedut Kurus!' . Rasanya masam-masam manis. Sesuai dengan citarasa Aten yang tak suka manis sangat.  Sangat memudahkan kerja Aten. Kalau dah terlambat nak ke kelas atau event, Aten bawak ni dalam beg dan boleh makan di mana-mana sahaja. Dalam kereta pun boleh sementara tunggu traffic light bertukar warna hijau. Hehehe. Sambil tu boleh kuruskan mana-mana part yang boleh dikuruskan. Hihihi. Hasilnya Aten sentiasa aktif sepanjang hari tanpa rasa penat pun. Kehidupan seorang pelajar dan part-time blogger seriously memenatkan tapi dengan adanya Meka Viniga ni sangat memudahkan kesihatan Aten. Kalau Aten tak sempat nak makan, Aten akan bancuh Triple M sebelum ke kelas dan minum. Sangat menjimatkan kos makan Aten ! Hehehe. Syukur sangat dapat tau mengenai produk ni. Nanti kalau dah habis memang  akan Aten beli lagi lah ! Korang pun patut cuba tau ! :D


Untuk tau update terbaru untuk produk ni, boleh klik bawah ni :

Instagram : https://www.facebook.com/mekarayventures/

Post a Comment

0 Comments