Matcha CaramelCrisp Perisa Terbaru Garrett Popcorn


Korang pernah dengar Garrett Popcorn?

Meh Aten cerita serba sedikit mengenai Garrett Popcorn. Kalau korang nak tau, Garrett Popcorn dah lama dah wujud tau. Sejak dari tahun 1949 lagi. Aten je baru tau. Hehehe. Garrett Popcorn ni berasal dari Chicago, USA dan dah ada di Chicago, New York, Las Vegas, Detroit, Atlanta, UAE, Hong Kong, Japan, Kuwait, Thailand, Malaysia, Singapore, South Korea and Taiwan. Aten baru tau Garett Popcorn ni dibuat secara 'handmade' harian dan diorang menggunakan tujuh ramuan yang berkualiti dan tiada pengawet diletakkan dalam Garrett Popcorn. Fuhhh power ! *clap-clap*

Antara perisa yang ada di kedai Garrett Popcorn ialah Chicago Mix, CheeseCorn, CaramelCrisp, Buttery, Nut CaramelCrisp: Macadamia CaramelCrisp dan Almond CaramelCrisp. Ohhh favourite Aten CaramelCrisp memang sedap angat-angat ! :D hehehe. Terus lapar bila tulis entry ni. Hihihi.

Ingatkan Garrett Popcorn ada kt KLCC je sebab Aten selalu beli kt situ rupanya ada kt Mid Valley, One Utama dan KLIA2 jugak. Memandangkan rumah Aten kt  Kg Baru, memang Aten beli kt KLCC je. Hehehe.


Cop cop baca sampai habis tau sebab apa yang Aten tulis kt bawah ni lagi awesome tau :D

Nak tau apa yang lagi awesome mengenai Garrett Popcorn?

Perisa terbaru dari Garrett Popcorn ! MATCHA CARAMELCRISP dari Garrett Popcorn :D
Korang mesti tertanya-tanyakan matcha tu apa kan? Aten siap google tau Matcha tu ape. Hahaha. Nama betulnya ialah Harada Match. Harada Matcha ni merupakan teh yang diperoleh dari wilayah Shizuoko  (tempat yang popular untuk teh) yang berlokasi di Jepun. Matcha yang digunakan adalah menggunakan kualiti yang tinggi. ia dikenali sebagai 'Aki Matcha' - serbuk teh hijau atau 'Hiki Cha' dari Harada Teh Processing Sdn Bhd (Kishi-datang, Shimada-shi, Shizuoka, Jepun) . Wahhhh bestnyeee Teringin gilaaaa nak pergi Jepun T.T




Dah namanya blogger kan, apa benda baru je mesti nak share dengan reader kesayangan dorang. Sharing is caring kan. Hehehe Trust me, bila Aten cuba perisa terbaru ni, Aten dah jatuh cinta dengan Matcha CaramelCrisp ! To be honest, Aten ni bukan penggemar teh hijau tapi gabungan teh hijau Matcha dan CaramelCrisp membuatkan setiap gigitan popcorn yang dimakan terasa sangat sedap. Matcha CaramelCrisp sangat sesuai dimakan bersama-sama dengan keluarga tersayang dan kawan-kawan sebab benda yang sedap seharusnya dikongsi dan disebarkan kebahagiaan dan kegembiraan dengan yang lain. Bila Aten bawak balik rumah popcorn ni berebut adik-adik Aten nak makan popcorn ni. Sangat seronok bila dapat luangkan masa bersama-sama dengan dorang sambil makan Garrett Popcorn. Tunang Aten pulak sangat die hard fan dengan Garrett Popcorn. Gembira sangat dia bila Aten bawak 1 Gallon Matcha CaramelCrisp ke studionya. Hehehe. Food is Happiness. So, bila Aten dan adik-adik makan memang akan menghasilkan mood yang sangat awesome dah always happy. Hilang segala tension. Bila Aten stress dengan assignment kampus dengan housemates, Aten akan makan Matcha CaramelCrisp and guess what?  Makanan kegemaran terbaru Aten ialah Matcha CaramelCrisp ! Hehehe. Makan Matcha CaramelCrisp macam tu je pun dah sedap. Tapi Aten lagi prefer makan Matcha CaramelCrisp sambil tengok movie di laptop. Memang feeling habis !




Matcha CaramelCrisp akan berada di pasaran Malaysia pada 16 Mac 2016 sehingga 10 April 2016 di semua kedai Garrett Popcorn. So, cepat-cepat beli tau ! . Matcha CaramelCrisp yang dibuat sangat limited tau setiap hari. So, korang kena pergi kedai Garrett Popcorn cepat-cepat. Kalau tak, nanti korang akan menyesal tau. hukhuk.


Nahh Aten kongsi harga sekali dengan korang senang nanti nak beli. Hehehe.
Bags dari Small Signature RM17.00 ke Large Signature RM29.00 dan untuk Tin Quart RM40.00 dan 1 Gallon  RM110.00.


Untuk tau pasal Garrett Popcorn, korang boleh tgk ni  http://www.garrettpopcorn.com/
Jangan lupa like Fb page dorang sekali tau https://www.facebook.com/GarrettPopcornMY/ . Kalau korang nak tau kt mana kedai Garrett Popcorn boleh klik  link ni :

Jom beli sesame guys! :D

Post a Comment

10 Comments

  1. this is a very addictive popcorn. now it comes with green tea? awesome

    ReplyDelete
  2. garrets is my favourite since my bf and his family introduced it to me XD suka Caramel Macadamia tp later nk try yg baru ni lah :D

    ReplyDelete
  3. HAAHA ttbe smpai sni ble psl popcorn HAHAHHAHA ateen nak!!!!

    ReplyDelete
  4. I love Garrets popcorn since I first found it it USS.... now it is Malaysia am so happy... and now got new flavour to check out!!! Yaaayyy

    ReplyDelete
  5. I have read about Garrett Popcorn and how nice it is but haven't got the chance to try it yet. Garrett Popcorn has to come to Ipoh!

    ReplyDelete
  6. Awh Garrett's is the best :) Love the new flavor - caramel on its own was pretty good - now with this one up - I am sure it will taste even better ;)

    ReplyDelete
  7. My family and I love Garrett popcorn too! However it's quite expensive haha

    ReplyDelete
  8. I like Garrett Popcorn, not yet try the new flavor, will check it out soon :)

    ReplyDelete
  9. alaaaa...sedap nya! suka gila kot garrett ni. Slalu beli macadamia. nnt nk try yg ni lah.

    ReplyDelete
  10. i love gareth popcorn alot....i want to try this flavour leh!

    ReplyDelete