Manjakan Kuku di Bora - Bora Nail & Waxing Expert @ Berjaya Times Square


Manicure and pedicure? Tak pernah lah terlintas kt hati nak cuba mani pedi kt kedai. Biasa buat kt rumah je senang. Tapi takde lah senang sangat. Nak kena gosok-gosok jugak. Hahahha.

Haritu Aten dan rakan blogger berkesempatan untuk buat treatment mani pedi di satu kedai yang berlokasi di Berjaya Times Square. Bora-bora Nail & Waxing Expert - LG-19. 

Perasaan mula-mula masuk kedai ni? Nervous wehh. Amende lah ni dorang nak buat kt kuku Aten semua ni. Hehehehe. First impression masa masuk kedai ni? Nahhh tengok gambar bawah ni dulu....


Combination colour yang sangat umphh! Ala-ala berada di Bora-Bora Island gitu. Rasa tenang je hati bila masuk kedai ni. Hehehe. Yang paling penting, staff dia semua murah dengan senyuman dan friendly :D


Kitorang dihidangkan dengan sarapan pagi green tea dan makanan ringan dan sambil staff membuat treatment. Fuhhh ! Sangat perfect. Rasa macam dah jadi bos dah. Hahahah. Trust me, banyak gilerrr perkakas yang dorang guna. Nampak sangat lah tak pernah datang. Macam-macam benda yang dorang gunakan untuk mencantikkan kuku kaki dan kuku tangan.


Penjagaan kaki pun ada mask dan scrub dorang tersendiri tau. Aten tak pernah lah tau. Hahaha biasa scrub dan mask muka je. Rupanya kaki pun kena sekali. Hhahaha. Pembalut kaki tu digunakan untuk membuka liang roma, so nanti cepat lah mask tu masuk dalam kaki kita dan seterusnya membuatkan kaki kita lembut selembut kaki baby. Heheheh. Treatment ni dinamakan anti-ageing. So, takdelah kaki berkedut-kedut atau pun kering. Hehehe


Classic Manicure

Nail Cutting & Shaping, Cuticle Treatment, Relaxing Massage and nail Lacquer Application hanyalah serendah RM50 selama 35 minit. Kalau datang time promosi, harga serendaah RM35 tau. Hehehe

Anti Age Spa Pedicure

Nail Cutting & Shaping, Cuticle Treatment, Callus Filing, Coconut Scrub, Coconut MAsk, Candle Oil Massage and Nail Lacquer Application
Price : RM160 (50 minutes)

Pewarna kuku yang digunakan adalah Inglot iaitu friendly-wudhu dan air boleh meresap ke dalam kuku dan tidak beralkohol. Wahhh wahhh. Lepas ni memang boleh bergaya lah kuku Aten selain daripada inai. Hehehhe.


Yeayyy dah berkilat dah kuku Aten. Suka suka suka ! :D hehehe. OMG lepas ni memang confirm Aten pergi lagi. Hahahah. Kitorang dapat voucher 10% . Mesti lagi murah. Hehehehe.

Bora-bora Nail & Waxing Expert juga ada menyediakan servis lain seperti eyelashes extension , hair removal waxing, nail extension , reshaping eyebrow dah banyak lagi. So apa tunggu lagi guys? Jom pergi Bora-Bora Island ! Ehh Bora-bora Nail & Waxing Expert ! :D


Bora-bora Nail & Waxing Expert merupakan salah satu spa BMIC Secret of Beauty Sdn Bhd yang diasaskan oleh Michelle Hee. Spa yang lain di bawah naungan BMIC Secret of Beauty Sdn Bhd ialah BMIC Nail Spa Salon yang berlokasi di Starhill Shopping Gallery dan Pavilion Kuala Lumpur, BMIC BeeBee Nail Spa di Fahrenheit 88

Kalau nak tau lebih lanjut pasal ni , jom tengok apa yang dorang update di facebook dorang :https://www.facebook.com/boraboranail99/


Post a Comment

1 Comments