Keseronokan Bermain Laser Battle bersama-sama CK2 di Berjaya Times Square KL


Semalam Aten berkesempatan menyertai permainan Laser Battle yang diadakan di Berjaya Times Square oleh CK2 ( Calvin Klein ) . CK telah memilih tepat permainan Laser Battle untuk para blogger sertai dan ada juga pingat dan trofi kepada semua pemenang. Sangat inspirasi dan bersemangat bila tengok pingat dan trofi yang disediakan oleh CK. Hehehe


Sebelum bermain, kitorang dberi sedikit briefing mengenai Laser Battle ni oleh pihak Laser Battle. Dengar briefing je pun excited tau ! :D hehehe.


Team Orange ! Yeayy ada blogger Kelly, blogger Yaya, blogger Fish, dan Abg Naim yang mewakili blogger Ruby sebab Kak Ruby pregnant. Dah macam ghost hunter pun ada jugak ni. Hahaha. Aten baru tau kewujudan Laser Battle kt Berjaya Times Square. Hehehe. Nasib baik CK2 buat event kt sini. So, lepas ni boleh lah main lagi kt sini. Main Laser Battle lagi better dari Paint ball, tak sakit. Hehehe. Kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan. Group kitorang berlawan dengan Team Yellow untuk pusingan pertama dan kitorang menang dan kitorang berlawan dengan Team Green untuk merebut tempat pertama. Setiap game berdurasi 10 minit. Trust me, bila korang dah ada dalam tu, 10 minit pun rasa macam 30 minit. Dengan gelapnya, sangat suspen tau. Hahaha. Siap bertembung dengan team lawan siap menjerit lagi sebab terkejut. Hahaha. Bila teringat balik kelakar sesangat. Hahahha.


Baru first time main Laser Battle dan menang tempat kedua. Yeayyy, Yang menang tempat pertama memang dah pro main benda alah ni so memang deserve lah tempat pertama. Hehehe.


Mempunyai reka bentuk minimalis futuristik dan berbentuk seperti mentol kaca berlutsinar. Sesuai dengan ungkapannya 'apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapatkan' . Pendekatan yang menonjolkan keaslian dalam pembuatan bentuk botol dan penutupnya.

Wangian terbaru dari Calvin Klein yang diberi nama CK2. Gender free yang sangat sesuai dipakai oleh lelaki dan perempuan. Ramuan yang digunakan sangat unik dan tidak disangka. Urban Woody Fresh. Tetapi bila dipakai pada berlainan orang, bau yang dihasilkan jugak berlainan. Wahhh! Hebat2 :D


Sangat-sangat seronok dengan event kali ni. Terima kasih Calvin Klein, terima kasih Laser Battle, terima kasih rakan blogger untuk pengalaman yang awesome ni. Nantikan review penuh Aten mengenai wangian CK2 ni tau. Lots of love :* 

4 comments.. read them below or add one

Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah 16 March, 2016
best juga main laser nie..tak rosak mata ke kalau laser tu kena dengan mata
Misz-ella Misz-ella 16 March, 2016
Best kan. Terbayang2 tembak aten haritu. Hahaha
Fatin Bella Fatin Bella 17 March, 2016
tak. sebab laser dia tak kuat sgt. lagipun kena tembak kt baju yg disediakan. Memang takkan kena muka atau mata.
Fatin Bella Fatin Bella 17 March, 2016
kak ella jerit aten pun terikut jerit sekali hahaha